Eksplorasi Cinta Fahirah


Aku seorang wanita, dilahirkan untuk dikasihi dan mengasihi. Aku juga mempunyai keinginan untuk mempunyai pasangan. Kadangkala, diriku merasakan suatu kedengkian yang teramat di dalam hati melihat sahabatku mempunyai teman lelaki.

Dimanja
Dibelai
Dihargai

Aku? Keseorangan..hati rasa kerdil. Kosong..Bak bibit lagu Najwa Latif. Huh..
“Fahirah, sampai bila kau nak diamkan diri ye? Kau ada hak untuk luahkan perasaan padanya!” bentak hati Fahirah.

Fahirah. Namanya seharum empunya tuannya. Sejak umurnya menginjak 20 tahun, hatinya sering berbolak-balik mengenai masalah ini.
Pada mulanya, dia hanya buat tidak layan mengenai hal ini. Dia juga merupakan seorang yang aktif dalam kegiatan dakwah dan tarbiyah di kampusnya. Mujur, kampusnya hanya terdapat perempuan sahaja. Kalau tidak, mungkin sahaja ramai jejaka yang sudah menyunting dirinya menjadi suri di hati insan bernama lelaki.
“Argh..hati, meminggir kau daripada soal ini,” hatinya bermonolog.

“Fahirah..kau tu perempuan, lain la lelaki, kalau kahwin lewat pun, bukan kisah sangat..tapi kalau perempuan, lain tau..kalau kat kampung tu..mesti nenek tanya kenapa cicit kesayangan aku tak kahwin lagi..ha, lagi parah kalau dia carikan calon untuk kau!”

Sebenarnya, Fahirah tidak kisah sangat soal hati ini. Kalau diikutkan, sewaktu sekolah dahulu, ramai sahaja yang cuba menggodanya, menginginkannya menjadi teman wanita atau lagi sedap istilahnya, couple. Namun, didikan yang diterima daripada keluarganya menyebabkan dia sangat berjaga-jaga soal cinta ini.

Dirinya. Hak cinta yang hakiki hanya untuk suami yang dicintai sepenuh hati!

Di samping itu, faktor yang menyebabkan dia memikirkan soal ini ialah teman sebiliknya juga akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Oh..hatinya menjadi sebak. Dirinya juga merasakan sesuatu kekosongan.

“Lepas ni roommate dah jadi milik orang, dan aku? Entahlah..” monolog hatinya.

Namun, di sebalik hatinya yang tegar menerima cinta lelaki sebelum ini..tersimpan sebuah rahsia hati yang hanya diri dan Allah sahaja Maha Mengetahui.

Ya! Dia sudah jatuh cinta!

“Duhai hati, meminggirlah daripada perasaan ini..”

ss says:fuh..tak sangka dapat buat cerpen, hasil daripada bacaan novel HA ;)

You Might Also Like

2 comments