A Lollipop Moment~Kanashii yo :(

"Umi, adik nak lollipop tu boleh?" tanya si anak kecil itu pada ibunya.

"Boleh, tapi lepas ni jangan selalu beli. Nanti gigi rosak tau!" ujar si ibu.

"Okay, adik janji. Promise 123..Hehe.." jawab si anak kecil itu sambil tersenyum dan jarinya membuat gaya peace kepada ibunya.

"Rupanya, makin menginjak usiaku ye.." luah isi hati ibu itu. Hana. Itulah nama yang terpahat pada dirinya.

Mengimbau kenangan malam tiga tahun lepas bersama sahabat tercinta di surau tempat pengajiannya.

"Ah, kalaulah masa boleh berpatah balik. Mahu saja aku nak jumpa sahabat tercinta. Dapat berhalaqah. Share cerita best-best," bentak hati Hana lagi.

Tiga tahun yang lalu,

"Weyh, kenapa program malam ini namanya 'A Lollipop Moment' ye?" tanya Hana kepada Ira dengan wajahnya yang penuh seribu satu persoalan.

"Entahlah Hana. Aku pun tak tau nak cakap apa. Tengok je la malam ni. Firasat aku la mengatakan bahawa lollipop itu sangat sedap macam kenangan kita selama 5 tahun 5 bulan di sini," tutur Ira, sahabat rapat Hana. Kata-katanya bak seorang pemuitis bermadah.

"Ye la kau..Pandai-pandai je kan bagi definisi sendiri..Takpe, wait and see.." balas Hana penuh bangga.

Malam itu, surau mereka mengadakan suatu aktiviti khas buat senior yang bakal meninggalkan kampus pengajian tercinta mereka. Semua yang hadir pada malam itu, duduk di dalam halaqah. Membentuk seperti bentuk lollipop. Comel bukan? Mereka bermain permainan music box. Tetapi kali ini, botol menjadi pengganti dan pesertanya hanya senior yang bakal menamatkan pengajian beberapa hari sahaja lagi. Apabila botol sampai ke tangan mereka ketika muzik dihentikan, mereka perlu menjawab soalan yang dikemukakan oleh moderator.

Botol itu silih berganti apabila muzik dimulakan. Tatkala itu alunan muzik nasyid yang menggamit suasana dan terasa hati Hana ini dihiburkan ketika itu. Tidak lama kemudian, muzik dihentikan dan botol itu sampai ke tangan Hana.

"Alamak, aku pulak yang terkena! aduh.." keluh Hana pada Ira.

"Ala..pergi je la jawab soalan tu Hana, bukan soalan macam kita jawab KISSM hari tu..errr.." balas Ira.

Mikrofon berada di genggaman Hana. Dia mengumpul kekuatan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh moderator.

Saya Hana Abirah Binti Nu'man dari Pengajian Kajian Tempatan. Soalannya...


"Apakah impian akak dalam masa 5 tahun akan datang? Selain itu, apakah nasihat yang ingin diberikan kepada junior?"

"Ah..sudah, aku nak jawab apa ni? Tolonglah.." dia bermonolog dalam hatinya.

"Pertama, nak cari kerja lain. Nak timba pengalaman. Lepas itu, mungkin membina baitul muslim..kot..tapi bukan masa terdekat ni..hehe.." mukanya kemerah-merahan.

"Tapi yang pasti, akak akan terus berusaha menimba ilmu untuk duniawi dan ukhrawi kerana akak akan mengalami fasa yang lebih mencabar apabila bekerja nanti." jawab Hana dengan tenang sambil berfikir-fikir untuk menyusun ayat.

"Buat adik-adikku yang tercinta, tabahkan hati, mantapkan iman..Jadikan kehidupan yang kalian lalui di sini sebagai suatu anjakan paradigma! Impian anda merupakan impian keluarga, masyarakat dan negara..Namun yang sangat penting adalah untuk agama! Wallahua'alam." semangat Hana memberi ucapan pada malam itu.

Usai aktiviti itu, mereka mendirikan solat Isyak dan solat hajat secara berjemaah. Allah. Hati Hana bagai dipalu rasa rindu dan sebak kerana bakal meninggalkan suatu tempat yang membawa perubahan 360 darjah dalam dirinya.


...


"Umi! Cepatlah! Adik nak lollipop ni! Belikan untuk abi sekali ye! Hehe.." anak kecil itu mengejutkan ibunya daripada lamunan. Ibunya tersentak lantas tersenyum.

"Baiklah. Adik ambil tiga ye. Untuk adik, abi dan siapa lagi?" tanya Hana pada anaknya.

"Haha..untuk umi kan..betul tak?" jawab anaknya.

"Betul la tu..Pandai anak umi ni.." puji Hana sambil mengusap kepala anaknya.

"Ya Allah... Kau jadikanlah ukhwah yang terbina antara daku dan sahabatku yang lain atas dasar taqwa dan moga kami semua menuju ke syurga firdausi-Mu..Ya Rabb!" doa Hana memohon agar kenangan itu sentiasa terpahat sebagai memori lollipop pada diri dan sahabatnya yang lain. 

Sweet sangat kan :)
Lollipop. Suatu manifestasi yang dapat menggambarkan kehidupan seseorang itu. Terutamanya buat para bakal graduan tidak kira anda daripada mana-mana Institut Pengajian Tinggi (IPT) mahupun daripada Institut Pendidikan Guru (IPG) itu sendiri.

Sebelum makan lollipop, mesti kita buka bungkusannya. Namun, apabila dilihat, rupanya tidak seindah apa yang dikhabarkan melalui bungkusan yang berwarna-warni itu. Kemudian, kita akan merasai tekstur lollipop itu. Mungkin manis, masam mahupun pahit.

Begitulah dengan kehidupan mahasiswa/mahasiswi tahun terakhir. Sudah merasai pelbagai pengalaman dan perasaan sepanjang tempoh pengajian mereka. Tatkala lollipop yang dimakan itu enak dirasai, tidak sedar bahawa kita sudah sampai ke batangnya.

Batangnya merupakan suatu perlambangan kepada kenangan itu sendiri. Lihatlah! sedar tak sedar mungkin kita pernah mengalami situasi ini ketika di bangku persekolahan dahulu, bukan?

Maka, hargailah kenangan yang anda lalui. Hiduplah dengan 
enjoy tetapi diredhai-Nya. Sebelum menamatkan penulisan ini, ada sesuatu yang ingin Cik Ily nak luahkan melalui lagu Ashita no Kioku daripada ArashiJapanese bandboy yang agak famous ye.

"Kasaneatta kokoro no oku ni
Yorokobi to kanashimi nukumori to nikushimi
Bokura ga meguriai wakachiatta hibi wa
Tashika ni kono mune ni yakitsuiteiru kara"

"Piling upon each other deep in my heart
Joy and sadness, warmth and hatred
The days we shared after our chance meeting
Are surely etched into my heart forever"


-Salam sayang buat my seniors. Kalian membawaku kepada suatu transisi kehidupan menuju ke arah-Nya. Will miss you, sisters. Sayonara!-

Okay! Cik Ily sangat nak teriak masa dapat hadiah
from my beloved Sis, Husna Jasmani
Arigatou neechan~
ss says:cannot hold my tears when listening Ashita no Kioku many times. It makes me cry a lot, okay!

You Might Also Like

0 comments