Mahabbah yang hilang

Sengaja melambatkan diri ini untuk melelapkan mata. Tak puas dengan kehidupan cuti semester gamaknya. Tampak mama pun sengaja tidur lewat malam ini. Aku yang berteleku di hadapan komputer riba melihat mama meluru ke arah bilikku.

"Akak, mama nak cerita sikit, boleh?" tanya mama memohon izin. Takut aku sudah bersiap sedia untuk tidur.

"Boleh..apa dia mama?" aku bersedia menadah telinga mendengar luahan mama.

"Macam ni, mama ada seorang kawan. Asalnya dia berkenalan dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Lelaki tu silap dial nombor. Terkena dengan kawan mama," luah panjang mama. Aku pasti ada sesuatu yang tak kena.

"Lepas itu, mama?" tanyaku penuh minat.

"Mereka berdua saling hubung dan sekarang ni, mereka berdua dah jatuh cinta antara satu sama lain selama tiga tahun. Dia kata dia tak nak dah dengan suami dia dan minta cerai. Tapi suami dia tak ceraikan," mama lemah dalam melahirkan isi cerita ini padaku. Aku pasti mama sudah lama memendam cerita ini sementara menunggu kepulanganku untuk cuti semester. Kami ibarat adik-beradik walaupun hakikatnya hubungan kami adalah antara ibu dan anak perempuan.


"Astaghfirullahal Azim..Sanggup dia buat macam tu pada suami dia. Akak rasa kawan mama macam kena buatan..Bukan apa mama, sekali kenal, terus jatuh cinta," aku memberi pandangan. Pandangan sahaja, tidak kukatakan betul. Namun, hakikat kini ramai mencari jalan mudah mengejar cinta palsu. Aku lesu bercampur geram.

"Habis, macam mana dengan anak-anak dia, mama?" aku memulangkan soalan.

"Dia cakap, tak kisah..terpulanglah anak-anak nak ikut dia atau suami dia," balas mama.

"Dia pernah bawa lelaki datang ke rumah. Dah betul-betul nekad nak kahwin," sambung mama.

"Ya Allah, ni macam mana kawan mama jumpa mama?" tanyaku.

"Kawan mama yang aturkan sendiri perjumpaan kami. Kan mama pun ada tanggungjawab dengan nak jaga nenek. Mama kan susah nak keluar rumah. Jadi, kawan mama ambil mama," tutur lembut mama.

"Lelaki tu macam mana?" selidikku bak pegawai penyiasat.

"Lelaki tu motivator," ujar mama.

"Ha, what? Apa ni.."nampak gaya letusan gunung berapi marak diaktifkan.

"Kawan mama cakap dia kuat agama lebih daripada suami dia, rasa macam ustaz..nanti lepas dia dah kahwin nak ajak kawan mama ni pergi umrah.

"La hawlawala quwwata illa billah.. akak paling benci orang tu bawa fitnah agama. Eee..geram! Lelaki tu ada isteri tak?"

"Ada..siap dah telefon kawan mama lagi tu,"

"Habis tu.." kemaharanku belum reda.

"Entahlah..tu la yang dia cerita kat mama sebab dia percaya mama dapat bagi nasihat kat dia. Tapi, lepas mama bagi nasihat pada dia, dia tak nak terima.." kumat-kamit mulut mama bercerita.

"Allah..mama nasihat apa kat kawan mama?"

"Mama cakap sepatutnya kejadian ini boleh atasi waktu kecil-kecil lagi. Sengaja main dengan api. Ni lah hasilnya!Mama dah pesan suruh tukar nombor. Tapi dia tak nak. Mama pesan pergi jumpa perubatan Islam tapi dia mengelak dan yang penting dekatkan diri pada Allah, buat solat malam,"

"Dia cakap dia nak buat solat istikharah, nak pilih antara lelaki tu dengan suaminya," tambah mama.

"Eh, apa! Hishh..apa ni..sah-sah dah bersalah nak buat solat istikharah apa..Kepentingan dia untuk suami, bukan lelaki tu..Allah.." lemahku dalam gelisah. Madahku bercampur resah.

"Mama dah cakap, yang solat istikharah untuk pilihan tu buat apa..Dah terang berdosa, sepatutnya kau memang kena dengan suami, bukan dengan lelaki tu. Bolah je kalau dia tukar nombor telefon," mama memberitahuku panjang.

"Mama, akak nak jumpa kawan mama boleh tak? nak nasihatkan dia..Geram sungguh!" ujarku.

"Eh, tak boleh. Nanti lain lak jadinya!" larang mama.

"Takpe, mama masih mencuba nasihat dia..mama musyawwarah dengan abah." mama menjawab.

"Baiklah, apa-apa nanti mama beritahu akak ye!" aku melepaskan segumpal keluhan.

...

REALITI
Cik Ily terpaksa menelan hakikat bahawa ini realiti yang berlaku sekarang. REALITI. Pada mulanya ingatkan drama semata-mata seperti yang ditonton dalam televisyen. Namun sangkaan ini meleset apabila perkara ini terjadi pada sahabat mama sendiri. Allah! Lelah dadaku, berat fikiranku sehingga tidak mampu tidur memikirkan masalah ini.

CINTA PALSU DAN FITNAH AGAMA

Ramai yang mengejar cinta palsu sedangkan cinta abadi pada-Nya diabaikan. Sedih. Teramat sedih. Latar belakangnya juga menjadi fitnah! Fitnah pada agama! Bukan apa. Kerisauan melanda apabila dilihat ustaz adalah segala-galanya dan menutup keaiban dirinya padahal dia telah melakukan sesuatu yang sangat-sangat dimurkai Allah iaitu meruntuhkan rumah tangga orang lain malahan rumah tangganya sendiri.

MANA HILANGNYA LAFAZ SAKINAHMU ITU?

Apakah sekarang setiap individu muslim yang membina baitul muslim itu memahami makna lafaz akad yang diucapkan pada ketika diijabkabul? Tidakkah tanggungjawab itu perlu dipikul dengan amanah. Suami menjaga isteri dan isteri menjaga suami. Dalam mencari redha-Nya. Tetapi kita sering dihidangkan dengan berita mengenai statistik penceraian yang berlaku dalam Malaysia. Allah.

FARDHU MUSLIM. SUATU KEPENTINGAN

Itulah pentingnya dalam memperbaiki diri. Rasa diri ini sangat kerdil berkata-kata mengenai soal cinta dan baitul muslim walhal fardhu muslim masih belum cukup sempurna. Jika fizikal kita dijana dengan makanan, rohani kita tidakkah mahu dibiarkan. Itulah kelompangan yang Cik Ily lihat pada masa kini. Tidak salah untuk membina baitul muslim. Silakan. Cuma siap siagakan diri dalam mengharungi fasa ini. Cik Ily tidak mahu perkara yang terjadi pada kawan mama berulang kembali sehingga amanah Allah diabaikan. Tiada mawaddah wa rahmah dalam kehidupan berumah tangga.

Sempurnakah kita?

HARAPAN

Mohon agar sahabat-sahabat Cik Ily yang membaca ini mendoakan yang terbaik bukan sekadar kawan mama tetapi untuk kita semua. Mohon juga jika ada pandangan dan nasihat yang baik untuk dikongsikan bersama dalam menyelamatkan rumah tangga ini. Cik Ily tidak mahu lihat tiada kasih sayang yang diabaikan lagi dalam kalangan kita. Cukuplah iringan air mata! Terutama buat sahabat Palestin kita yang sedang bertempur di sana. Cukup menghibakan! Moga Allah sentiasa bersama kita!

Hayya! Mari sama-sama kita gentarkan mereka dengan Qunut Nazilah

Mohon mahabbah yang hilang, janganlah disirami dengan kehancuran!

ss says:terus memaknakan diri ini untuk agama-Nya. Mohon nasihat dan doa sahabat!

You Might Also Like

0 comments