Bicara Tentang Hati


Hati. Bawa seribu makna. Ada variasi mengenai hati


"Hati-hati"
"Baik hati"
"Kecil hati"
"Makan hati"


Tapi makin risau kalau...


"Hati MATI"


Betul tak?

Bicara Hati

Malam tu terasa sangat dingin. Menusuk sehingga ke tulang-belulang. Syue agak kebosanan pada malam itu. Biasalah, kerja pun tiada. Apa perlu dia buat? Baru selesai bercanda bersama sahabat tercinta. Tanda rabitah hati kuat berpaut.

"Malam ni apa ye aktiviti yang nak buat? Kalau makan dah tadi, kalau study..errr..berat pula kepala," bisik hati kecilnya.

"Ha..online la. Macam dah lama tak bersentuh laptop ni. Berhabuk sudah," sambil mengusap komputer riba berwarna hitam pemberian ayahnya yang tercinta.


Terus ditekan punat laptopnya. Sungguh. Dia terasa sunyi bersalut kebosanan! Nak diganggu sahabatnya yang lain, dirasakan kurang sesuai. Almaklumlah, masing-masing perlu merehatkan diri tambahan malam itu dirasakan sangat sesuai untuk tidur awal. Sejuk.

"Eh, Afiq online la..Dah lama tak sapa kan?" getus hati kecil Syue.
"Nak ke tak nak tegur? Kalau tegur, takut mengganggu. Kalau tak tegur, rasa bosan pun ada. Asyik stalk orang je kan,"tambah kata-kata hatinya.


Afiq. Nama yang mudah diingati. Sahabatnya sewaktu di bangku sekolah. Tampak santai. Tapi result gempak! Syue sangat senang dalam berkongsi cerita dengan dia. Bukan apa. Dilihat dia seorang yang open-minded. Senang bergaul dan mudah diajak berbual selain seorang yang agak naturalist.

Ruangan Maya

Me : As salam, Afiq.


1 minit kemudian..

Afiq : Waalaikumussalam.

"Eh, dia balas. Nak tanya apa ye..Ahha!" nampak gaya terkeluar idea teori celik akal Kohler nampaknya.

Me : nak tanya soalan HOT boleh?
       high order thinking

Afiq : haha.. InsyaAllah.. kita cuba jawab

Me : anggap sebagai umur yang matang ye

Afiq : okay

Me : afiq pernah cerita afiq ada calon di hati kan?
       afiq berani x berdepan dgn wali bg prmpuan yg afiq brkenan?
       tapi bukan bertunang tau.
       ni just taaruf.

Entah kenapa Syue beria-ia tanya soalan sebegini kepada Afiq.
"Kau ni tak tahu malu ke Cik Syue oiii!!" bentak hati Syue.

"Tapi, seriously tau! nak juga tahu pandangan lelaki. Manalah aku ada kawan lelaki yang senang nak berkongsi cerita macam ni! Syue ni pun!" getus hatinya lagi.

Afiq : InsyaAllah.. kita berani berdepan atau berkenalan dengan wali si dia
         sekadar berborak2 macam biasa dan sekadar nak berbasa basi tu boleh la..
         tapi kalau nak sampai kan hajat dihati tu.. buat masa ni.. tak berani kot
         sebab tak nak bina harapan dekat orang.. takut nanti kita hancurkan harapan orang        
         serta patahkan hati orang.. :)
         kenapa syue tanya? ada orang buat kat syue ke? hehehe.. >_<


me : eh
        ke situ pula

Afiq : nak dengar cerita?
         haha

me : cecite..teman dengar ni

Afiq : hehe.. kita dulu pernah suka kat seorang perempuan ni baik akhlaknya dan baik      
         agamanya time form 2 dulu.. kat sekolah agama tapi kita pendam.. lama betul..
         haha.. sampai bila entah.. lupa
         tapi lepas tu kecewa..then.. ada seorang.. akhlak dan agamanya baik jugak

me : kenapa?

Afiq : hmm.. dia ada yang berkenan di hati.. :)
         okay2.. sambung.. yang kedua pun sama..
         so.. last2.. malas nak pikir pasal soal hati ni.. sampai masa nanti.. adalah jodoh dia..
         tapi sering jugak lah teringat kan?
         so.. selalu pesan kat diri sendiri.. lagi elok ingat mati tu dari ingat si dia.. tak ada
         guna pun.. hehe.. >_<

me : betul
        ingat mati lebih dr hati
        insyaAllah..
        nnt dtg btul2 kan :)

ADA APA DENGAN HATI?

Ledakan teknologi marcapada ini memudahkan semua urusan malahan mengakses ilmu berkaitan hati. Cara memikat hati. Cara meredakan hati yang dilanda remuk dan pelbagai lagi. Namun ramai masih mengganggap isu hati ini sebagai sesuatu yang agak taboo untuk dibualkan.

Hakikatnya masih ramai yang mencari apakah fungsi hati sebenarnya. Bukan sekadar dari segi tersurat malahan banyak lagi fungsi tersirat berkaitan hati.

QALBUN SALIM-HATI YANG TENANG

Di sini, Cik Ily ingin berkongsi dapatan Cik Ily semasa berada di sebuah majlis ilmu di Baitul Qura.

Kita hendaklah menjaga hati daripada perkara-perkara sebegini iaitu:
-Perkara yang meragukan hati
-Perkara yang merosakkan hati
-Perkara yang menjadi lintasan hati (khawatiruradhiah)

Dan ulama itu berpesan, "Binakanlah atas pintu hati itu, satu dinding dinamakan dinding pengawasan."

Hati sebenarnya sebagai suatu peringatan buat diri dan yang moleknya, mampu mengubah sesuatu daripada negatif kepada positif. Dinding pengawasan itulah sebagai langkah menjaga hati.

Mengapa?

Setelah sesuatu maksiat masuk, maka susah untuk keluar. Maka hati sangat memainkan peranan yang muhimmun jiddan (sangat penting).



SINARKAN HATI YANG MATI


Petikan daripada buku Ubat Hati, karya Muhammad Afif bin Yahya Al-Berlisi.
Syair yang dinukilkan oleh kata-kata Al-'Arif Billah Sayyidi Ibrahim Al-Khawwas.

Ubat hati ada beberapa perkara:
1. Membaca Al-Quran
2. Berpuasa dan mengosongkan perut
3. Qiamullail
4. Bermunajat dan berdoa dengan penuh rendah diri pada sebelum subuh.
5. Mendampingi golongan soleh

Sebahagian ulama menambah dua jenis ubat hati:

6. Makan makanan halal
7. Ber'uzlah iaitu mengasingkan diri daripada orang ramai, diam dan tidak berbual kosong  
   dengan mereka


HATI-HATI, HATI

Alhamdulillah, Allah pertemukan Cik Ily dengan sahabat-sahabat yang sanggup mendengar masalah. Jangan dikata Cik Ily tidak pernah rasa masalah hati. Malah, setiap insan juga diuji  dugaan itu. Mohon dikuatkan hati. Diteguhkan iman dan tajdidkan niat dalam segala amalan. Ayuh! Kuru!


Mohon doa pada-Nya, merayu sebagai hamba yang hina


Jom Berzikir!

ss says:Pulanglah hati dengan tenang. Tapi apa jadi dengan perbualan Syue dan Afiq ya? Haha..moga mereka juga ditenangkan hati. Senyum!

You Might Also Like

0 comments