Assalamualaikum, Salam Sejahtera semua ;p
Alhamdulillah, genap sebulan dua hari menjadi isteri kepada Muhammad Dhiyauddin Solihin bin Husaini (panjangkan nama suami saya?)
Bagi diri saya, inilah antara hadiah yang sangat istimewa Allah berikan buat saya. Kenapa saya cakap macam tu ye? *wondering*
Kerana saya tidak pernah rasa cinta seorang yang dipanggil kekasih. Almaklumlah, di kampus, mana ada jejaka kan? *please bare in my mind that i'm from girls' campus only ya*
Dulu bermimpi siapa si jejaka yang dapat saya berdiri di sebelahnya di hari bahagia saya. Cerita cinta saya ini boleh diadaptasi kepada novel ye kerana memang inilah kisahnya *hahaha*
Masih ingat di minda sewaktu dalam kuliah Usul Fiqh kendalian pensyarah saya, Ustaz Fuad Seleh, dalam masa senggang, classmate saya, Iey whatsapp saya, nak tak seorang dari IPG Kampus Islam Bangi? Dalam minda masa tu, macam cubalah dulu, mana tahu kan, ada jodoh. Bermulalah kami bertukar gambar satu sama lain melalui perantaraan Iey dan Akmal (dari kampus suami saya).
Masa bertukar gambar dalam bulan Julai. Pada mulanya kami bersetuju untuk berjumpa (bertaaruf face to face gitu ha!) pada bulan Ogos, namun Allah berikan masa untuk kami berjumpa pada bulan September. Ketika itu, suami (masa tu nobody lagi) datang dari Bangi turun ke Melaka pada 10 September 2015. Kami bertentang mata di Masjid Al-Azim Melaka. Masa tu hati macam 'eh, nak jumpa ke tak nak' sebab first time berjumpa lelaki berdepan macam tu.
Bermulanya kami berkenalan, mata mahu berani tatap wajah bakal suami *gitu*
Saat itu dah mula jatuh hati pada jejaka berkenaan. Handsome dan sado. Hahaha. Tapi tak sangka saat berkenalan tu, itulah abang kepada junior di kampus, Fatimah Husaini. Persamaan yang ada pada kami; opsyen sama lagi membuatkan saya percaya yang jejaka itu tidak akan berputus asa daripada teruskan hubungan ini secara serius hingga ke jinjang pelamin.
Teringat soalan yang pertama terbit daripada mulutnya ketika itu,'abah garang tak?' *hahaha, takut nau dengan abah sebab tau abah tentera dulu*. Secara telusnya, saya dan bakal suami pada masa itu terus ada chemistry nak tanya macam-macam soalan berkaitan keluarga dan ke arah perkahwinan. Agak dalam lebih kurang dua jam, perantara kami Iey dan Akmal suruh kami istikharah dahulu selama seminggu. Kalau ikutkan hati ni, masa tu nak bagi jawapan ya.
Sehingga belum genap seminggu, suami masa tu bagi kata putus teruskan hubungan ini. Alhamdulillah, bagai mendengar hati ini berbicara, terus melafazkan rasa syukur yang tidak terhingga. Bermula saat itu, kami berbicara pada keluarga masing-masing dengan menyatakan hasrat mendirikan rumah tangga dan ini serius!
Kemudian, keluarga dan bakal suami datang merisik pada 6 Disember 2015 dan memutuskan untuk mengikat tali pertunangan pada 19 Mac 2016. Akhirnya kami berbincang untuk disatukan pada 25 November 2016 yang lalu. Alhamdulillah, sepanjang perkenalan kami berdua, kami tidak diduga dengan cabaran pertunangan yang berat cuma terpaksa berjauhan memandangkan saya sudah ditempatkan di Johor manakala bakal suami ketika itu ditempatkan di Selangor, jadi kami terpaksa terima dengan hati yang lapang (saya lah yang kena banyak berlapang) kerana dalam mindset masa tu mungkin dapat dekat tapi Allah Maha Mengetahui.
Kami berjaya mengharungi hampir 475 hari setelah berkenalan hingga ke saat ini untuk terus dan tetap setia biarpun kami tak pernah sekalipun berkenalan apatah lagi bercinta!
Pada 25 Disember 2016 pada pukul 9.29 malam, termeterailah ikatan yang disebut dalam Al-Quran iaitu Mithaqan Ghalizan iaitu perjanjian yang berat. Beralihlah tanggungjawab abah menjaga saya kepada insan yang selama ini tidak disangka menjadi suami. Tiada yang setara dapat diungkapkan dengan kata-kata. Namun sungguh, saya tidak ada perasaan berdebar langsung sebelum dan semasa pernikahan dan majlis resepsi. Allah mendengar luahan hati ini untuk dimudahkan segala urusan. Tampak saya tidak sikit pun menitiskan air mata apabila disebut 'sah' pada khalayak ramai.
Cuma agak kekok sedikit apabila pertama kali secara rasmi bersentuhan tangan dengan suami. Tapi tiada adegan main tarik tangan, cuma terasa indah di hati ini apabila segala yang dihajatkan telah dimakbulkan Allah. Terima kasih Ya Allah atas segalanya.
Buat Encik Muhammad Dhiyauddin Solihin bin Husaini, terima kasih kerana terima segalanya dalam diri ini. Kebaikan dan keburukan yang diri ini tonjolkan harap diterima seadanya. Sayang & cinta abang dari bumi Darul Ta'zim.
I'm Mrs. Polviski :) |
Saat bersalaman buat kali pertama dengan suami |
Ya Allah, berkatilah baitul muslim yang kami bina ini. |
~Tschus~
ss says: Selamat ulangbulan pernikahan kita abang!
0 comments