Perkongsian Al-Kuliyyah: Cinta Selepas Kahwin [07.06.2013]


Assalamualaikum, Salam Sejahtera semua ;p 
Hari ini berkesempatan untuk mengemaskini blog yang sudah lama ditinggalkan. Jumaat yang lepas berkesempatan mengikuti pengisian Al-Kuliyyah di TV3. Sebenarnya teringin nak pergi ke Booth Kota Ilmu di Kuantan bersempena Jom Heboh, tapi Cik Ily bukanlah seseorang yang gemar ke sana, kalau ada majlis ilmu tak apa :D

Sedikit sebanyak nota yang dapat dikutip daripada pengisian oleh Ustaz Jazlan Abdullah


Tanda seseorang bercinta:
1.Selalu akan mengingati
2.Selalu akan sebut
3.Membela pasangan terutama agama


Soalan:
1.Cara menjaga hati:

1.Jaga hati,bersyukur mendapat jodoh.Jodoh yang terbaik. Kurniaan Allah.
2.Redha dan berlapang dada. Masing ada kekurangan dan kelemahan. Contoh: Suami pembersih, isteri kurang pembersih.
3.Sentiasa berusaha mengatasi perkara masalah:
-Doa
-Mohon maaf
-Perbaiki keadaan dengan menegur secara hikmah & lemah lembut
4.Suburkan cinta:
-Mengorat isteri/suami. Contoh: kenyit mata pada suami/isteri
-Cari kegembiraan pasangan
-Hargai pasangan seperti memberi hadiah.


2.Bolehkah cinta sebelum kahwin?

1.Islam tak menegah jika ada matlamat yang suci: ke jinjang pelamin. Menjaga peradaban mengikut syarak Islam. Tapi jangan bercinta memanjang. Matlamatnya ingin jadikan suami/isteri.
2.Jaga iman. Jaga maruah. Jaga kehormatan. Jaga harga diri.
3.Ada restu daripada kedua ibu bapa.



3.Apabila mengetahui warna pasangan sebenar selepas kahwin.

1.Sebelum kahwin perlulah cari yang sekufu/serasi
2.Bersabar dengan pasangan
3.Terima seadanya
4.Jangan tambah masalah dalam rumah tangga
5.Banyakkan berdoa:ربنا حبلنا من ازواجنا وزيتنا قرة اعين وجعلنا للمتقين اماما .



4.Ulasan mengenai hadis:Apabila suami/isteri berpegang tangan,gugurlah dosa menerusi celah-celah jari mereka.

-Setiap kebaikan dalam rumah tangga,meningkatkan kebaikan dan menambah pahala.
-Terdapat nikmat dalam rumah tangga.
-Perlunya bermaaf-maafan



5.Ulasan Surah Ar-Rum, ayat ke 21.
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Ertinya : “Dan di antara ayat-ayat-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu merasa nyaman kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu mawaddah dan rahmah. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” [Ar-Rum 21].

1.Jadikan pasangan kita teman kita
2.Penghibur pasangan:Qurratu Ain
3.Jambatan keturunan
4.Jadikan mendidik; antara satu sama lain
5.Jadikan isteri membela suami
6.Jadikan diri penjaga maruah suami/isteri


NASIHAT:
1.Cinta kurniaan Allah,pelihara dengan iman
2.Berkati kita, cukup rezeki
3.Allah cukupkan rezeki
4.Allah kurniakan ketenangan
5.Pelihara keturunan,jangan pudarkan cinta.

Moga ada panduan menerusi sedikit perkongsian ini. Wallahualam.

Syukur Allah masih memelihara cintaku. ^_^

~Tschus~

ss says:Jangan nak berangan dapat yang soleh/solehah kalau fardhu muslim tak lepas lagi. Okay, sentap!

You Might Also Like

0 comments