Pagi yang indah itu ditemani dengan kicauan burung.
Mendamaikan. Fahirah yang bersiap untuk ke kuliah mengambil kesempatan untuk
menunaikan solat sunat Dhuha. Dia sememangnya sukar untuk meninggalkan perkara
sunat ini.
“Abah harap sangat akak amalkan solat Dhuha ni, banyak manfaatnya tau! Dapat menambahkan rezeki kita!” pesan ayahnya. Seingatnya nasihat itu disuarakan ayahnya selepas Fahirah berjaya mencapai keputusan cemerlang dalam PMR.
“Ya Allah sesungguhnya kau mengetahui hati ini dipaut oleh cinta-Mu. Jika cinta ini tersasar dari landasan yang sebenar, Kauberikanlah kekuatan pada diriku dan tariklah diriku ke jalan yang lurus,” doa Fahirah mengakhiri sunat Dhuha itu.
Fahirah masih mengingati pesan kakak yang dicintainya walaupun itu bukan kakak sebenarnya. Ukhwah. Itulah pengikatnya.
“Kalau Fahirah serius, teruskan. Namun, ingatlah!Jaga hati adikku,” nasihat kakak itu, Ufairah namanya.
“Allah, moga diteguhkan hati ini!” diteruskan langkah bagi menitip ilmu Allah di bumi kampusnya yang tercinta. Hari ini ada sesuatu yang perlu dilaksanakan. Itu setelah dia menitiskan air matanya di malam hari.
Selesai kuliah pada hari ini, terus Fahirah mencapai telefon bimbitnya. Mencari nama sahabat yang mengenali Iqbal, Maizan. Maizan juga sekampus dengan Iqbal. Iqbal dan Maizan juga belajar di sekolah menengah yang sama dengan Fahirah. Fahirah mengirimkan pesanan ringkas pada Maizan.
“Assalamualaikum, ini Maizan kan?” Fahirah memulakan bicaranya.
“Waalaikumussalam, ya Fahirah. Ni Maizan. Kenapa ya?” Maizan membalas.
“Macam ni, ada benda yang Fahirah nak cerita, tapi Maizan jangan terkejut ya!”
“InsyaAllah, apa dia ya?”
“Sebenarnya kan, Fahirah jatuh cinta pada Iqbal, erm..Maizan faham kan?” pipinya mula memerah. Dia susah untuk meluahkan perasaannya pada orang lain.

“Oh..Maizan faham! Jangan
risau..itukan fitrah. Nanti Maizan risik dia. Tapi Maizan takkan beritahu nama
Fahirah padanya ya!” balasnya lagi.
“Allah..Maizan, syukran jazilan. Jazakillah ya ukhti!”, syukur meniti di bibir Fahirah.
“Afwan, Fahirah.. :)”

Lama juga Fahirah dan Maizan berbalas mesej.
Biasalah..sahabat dari bangku sekolah. Namun, Fahirah berasa sesuatu yang lain
dalam dirinya. Betulkah dia bersedia? Mungkin.
Sambungan daripada cerpen:
Eksplorasi Cinta Fahirah | Intro
Eksplorasi Cinta Fahirah | Mengapakah dia?
ss says:pulun sebelum habis cuti ^_^

1 comments