My First Posting

Assalamualaikum, Salam Sejahtera semua ;p

Alhamdulillah, tanggal 15 Ogos 2016, Cik Ily officially menetap di Johor Bahru kerana bertugas di sana. Yeah, i'm officially a teacher! Congratulations Ilyani!

Now, I'm Johorean
Banyak yang ditempuhi sebenarnya sebelum menerima hakikat sebenar untuk ditempatkan di Johor. Dua hari Cik Ily menangis sebab dapat Johor *padahal kampung sebelah abah pun*.

Cik Ily terpaksa berjauhan dengan insan tersayang yang selama ni mengharapkan Cik Ily bekerja di Pahang. Mama pun nangis sama. Yes! She cried ='( Selama 8 bulan dah menetap kat rumah, tolong mama memasak, basuh baju, kemas rumah semua, mahunya mama tak terasa kehilangan anak perempuannya sorang kan.

Bermula pada 14 Ogos 2016, Cik Ily, abah & mama pergi ke kampung Pontian dulu. Rest sehari. Keesokan harinya iaitu 15 Ogos 2016, bersama dengan ayah long menuju ke SMK Pasir Gudang 2 untuk mendengar taklimat guru baharu. Mencabar semacam sebab ada misscommunication sikit menyebabkan kami bertolak pukul 7 pagi. Sepatutnya kami perlu bertolak seusai solat subuh lagi. Masa tu Cik Ily dah rasa lain macam sebab kami perlu mendengar taklimat pukul 8.30 pagi.

Yes, we trapped! Traffic jammed almost 2 hours. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa rasa hati ni gundah gulana, sebab Cik Ily baru sahaja jadi guru baharu *kiranya awal buat perangai lambat datang*. Jalan di Pasir Gudang memang sangatlah sesak. Sampai sahaja di sekolah, terus meluru lari cari dewan. Dalam dewan, dapatlah jumpa Kak Najmi, serius terubat rindu pada sahabat! Tapi tak sempat nak jumpa Ain & Tikah.

Selesai taklimat, guru pengiring dari sekolah masing-masing akan mengambil guru baharu untuk ke sekolah, tapi takde seorang pun yang datang menjemput Cik Ily *seriously down  teramat*. Lepas tu mama tegur, patutlah keluar lambat dari dewan, rupanya takde guru pengiring.

The journey continued...

Dalam keadaan masam mencuka, perut lapar, panas mentari tengah hari makin menerik, Cik Ily keluar dari dewan dalam keadaan hampa, sebab Cik Ily je yang seorang diri posting sekolah tu. Jadi buat keputusan dengan family,  pergi ke sekolah berkenaan dengan bantuan google maps. Dalam perjalanan pula, kami hidu bau yang kurang enak. Rupanya bau tu datang dari bonet kereta. Temperature over-heated! Terpaksa 'rehatkan' kereta sementara waktu di tepi jalan. Mujur ada makanan yang dibekalkan masa taklimat tadi, jadi makanlah Ilyani yang kelaparan & emo masa tu. 

Sampai di sekolah untuk melapor diri, terus ke pejabat. Rupanya pihak sekolah tak menerima surat jemputan atau makluman berkaitan guru baharu ni. Jadi fahamlah Cik Ily, bukan saja-saja tiada guru datang ke sana ambil Cik Ily :P *mula dah buruk sangka awalnya*. Selesai melapor diri, ada seorang guru namanya Kak Ezariah @ Eza menawarkan rumahnya untuk diduduki. Kira sewa bilik.

Taman Daya. Kawasan rumah yang sangat strategik sebab pusat bandar, senang akses keperluan. Ada security guard gitu! Rasa lagi secure. Alhamdulillah, masuk dalam rumah, bilik yang diterima, master room, 2 queen bed size, bilik air macam hotel sebab baru renovate dan ada aircond. Sangat selesa, barulah mama abah rasa lega nak lepaskan anak perempuan dia seorang sebab anaknya ada tempat berlindung.

Terima kasih mama abah dan keluarga yang banyak membantu segalanya untuk memberi yang terbaik buat anaknya yang baru memulakan kehidupan baru. Dedikasi khas juga buat insan yang jauh di mata dekat dalam doa, semoga Allah mudahkan urusan di sekolah baru ye.

SK Taman Desa Jaya

 ~Tschus~

ss says: Sila bertabah hati untuk PJJ :/

You Might Also Like

0 comments