Meniti Hari Bahagia

Assalamualaikum, Salam Sejahtera semua ;p 

Alhamdulillah, bersyukur kerana diberikan kesihatan yang berpanjangan dan masa untuk diluangkan dalam mencoret sesuatu dalam blog ni (dah berhabuk bersawang semua la sebenarnya).

Sebenarnya ketika Cik Ily menaip entri ni, Cik Ily genap sebulan lagi akan menjadi seorang isteri dan sampai sekarang macam tak percaya je. Selama 7 bulan menjadi tunangan orang bukan mudah untuk menghadapinya kerana ujian itu tetap ada. Cik Ily berkenalan dengan bakal suami atas dasar kawan yang kenalkan. 

Kami bersetuju untuk serius berkenalan setelah bertaaruf di Masjid Al-Azim Melaka pada 10 September 2015. Ketika itu, kami berdua masih lagi di alam kampus. Sehingga pada 4 Disember 2015, pihak lelaki bertandang dan merisik Cik Ily.

Akhirnya kami mengikat tali pertunangan pada 19 Mac 2016 dan setelah dipersetujui kedua belah pihak, kami bakal dinikahkan pada 25 November 2016 di rumah Cik Ily, Taman Seri Mahkota Aman, Kuantan, Pahang dan majlis kendurinya pada 26 November 2016.

Tiada ucapan melainkan kesyukuran yang amat tinggi kepada-Nya kerana menghadirkan insan yang Cik Ily tunggu-tunggu selama ni. Setiap insan pasti ada rasa ingin berteman dan Cik Ily pun termasuk sekali. Meniti hari bahagia itu bukan mudah kerana Allah aturkan yang terbaik buat hamba-Nya.

Cik Ily diuji dengan sakit, berjauhan dengan keluarga, stress di tempat kerja dan juga bakal berjauhan dengan bakal suami. Tiada yang Cik Ily harapkan melainkan redha-Nya di samping dimudahkan urusan baitul muslim yang bakal kami bina. Doakan Cik Ily dimudahkan segala urusan.

Buat bakal suami,

Terima kasih kerana menerima saya dalam semua keadaan, baik dan buruk saya. Moga Allah pelihara kita berdua selamanya hingga ke syurga nanti. Saya mengharapkan awak di sisi saya kala susah senang, menjadi suami & ayah yang soleh serta penyayang buat saya dan bakal anak kita nanti :)

My Engagement Day-19th March 2016

Doakan moga segalanya dimudahkan ye. Amin ya rabbal alamin.


~Tschus~

ss says:Alhamdulillah for everything, next entry will be posted after become his wife, insyaAllah.

You Might Also Like

0 comments