Eksplorasi Cinta Fahirah II | Mengapakah dia?


“Fuh..rehat kejap la..Penat study, lepas ni kita sambung ye Fahirah!” ujar Fahirah pada dirinya.

Tangannya terus menggapai komputer riba di sisinya. Pemberian ibu bapanya yang tercinta setelah dia berjaya melanjutkan pengajiannya di kampus itu.

Teringat akan pesanan kedua ibu bapanya.

“Akak, belajar rajin-rajin. Solat jangan tinggal. Mengaji jangan lupa!” pesan mereka.

“InsyaAllah, akak akan buat. Doakan akak ye!” Fahirah memohon restu kedua ibu bapanya.

Komputer ribanya diusap dan dibelai dengan penuh lembut.
“Terima kasih wahai lappy, peneman hidupku walaupun kau bukan benda yang hidup. Tapi jasa kau sangat besar dalam perjuanganku di sini.” Hati kecilnya meluahkan rasa pada komputer ribanya walaupun itu hanya makhluk yang tidak bernyawa.

Terus ditekan butang ‘On’ dan mengambil kesempatan masa rehat ini untuk melayari internet. Fahirah juga turut mempunyai akaun laman sosial. Menjadi medium untuk mengeratkan sillaturrahim antara sahabatnya. Penyumbang terbesar jika ada maklumat yang dia terlepas. Tidak kira dalam mahupun luar negara.

Tetapi hari itu, hatinya bergetar melihat seseorang yang dikenalinya turut online.

“Allah..kenapa mesti dia dalam hidupku? Meminggirlah perasaan ini..Tolonglah..” monolog dia di dalam hati kecilnya.

Fahirah terlihat jejaka idamannya yang dicintai sepenuh hati itu sedang online. Ya! Dia! Dia yang dicintai sejak bangku sekolah lagi. Menarik perhatian Fahirah kerana akhlaknya. Low profile. Itulah terma yang paling sesuai untuk diuntaikan pada diri jejaka itu. Namanya Iqbal Bakri. Walaupun seorang yang merendah diri, dia merupakan seorang yang genius di sekolahnya. Lagi menarik perhatian Fahirah apabila Iqbal pernah menolongnya dalam suatu mata pelajaran yang agak sukar difahami membuatkan dirinya lagi kuat mencintai lelaki itu.

“Astaghfirullah..bukan ke itu cerita lama..dah Fahirah, kita sambung study! Jom!” Fahirah mematikan lamunannya. Sedar. Cinta yang padanya fitrah boleh menjadi fitnah.
Namun, fokusnya tidak tentu hala apabila menyambung semula ulang kaji selepas itu. Hatinya mula tertumpu pada perkara lain.

“Kenapa muka Iqbal bergayutan dalam fikiran aku ni..Ya Allah, ini ujian ataupun fantasi cinta?”

“Fahirah, you need to do something..after this. Maybe this is a reminder from Him!” Fahirah memujuk hatinya. Ya! Selepas ini dia harus melakukan sesuatu. Untuk dirinya!


Kalau nak baca yang intro nya..klik sini

ss says:Alhamdulillah..ala kulli hal, ini daripada-Nya!

You Might Also Like

1 comments