Pengalaman Bersalin Amirah & Amiruddin 😘

Assalamualaikum,

Tersangat lama tak menaip di sini.  Rindu zaman blogging dulu, hihihi. Dah macam tinggalkan ruangan ni untuk jadi muzium ye 😂

Sekarang ni Cik Ily aka Ibu AA sudah ada anak dua. Alhamdulillah, sepasang. Sulung girl, kedua boy. Allah Maha Pengasih & Penyayang, mengurniakan rezeki yang tak disangka-sangka buat kami berdua suami isteri. Jadi Ibu AA nak cerita kisah bersalin yang sememangnya berbeza pengalaman keduanya.

Amirah | 03 Mei 2018 | Normal delivery | 2.85 kg

Tarikh ini, Amirah dilahirkan sewaktu usianya 35 minggu 6 hari. 2 hari sebelum bersalin, ibu AA sebenarnya berpuasa. Tapi nafsu makan tu membuak-buak. Request suami nak makan Baskin Robbins, Secret Recipe & Uncle Bob. Dahsyat kan? Esoknya dah sakit-sakit perut di sekolah, ingatkan sebab makan banyak sehari lepas.

Lebih kurang 2 pagi, dah start cramp perut ke bawah. Siap mesej kakak ipar tanya, ini ke sakit bersalin. Allah je yang tahu. Memang sepanjang malam tak tidur, siap buka apps contraction untuk tengok kekerapan. Suami masih tidur 😅

Tapi subuh, memang kemuncak kesakitan yang maha dahsyat. Solat subuh atas kerusi, sempat grab panadol ingatkan sakit perut akibat makan makanan 2 hari lepas. Hanya mampu makan sebiji kurma & minum seteguk air kosong. Kebetulan sepatutnya hari tersebut ada appoinment dengan KK Bangi Seksyen 3, tapi nurse suruh pergi hospital.

Perjalanan ke Hospital Serdang sangat sesak ye semua sebab orang berpusu pergi kerja. Sampai suami buat lawak nak tenangkan si isterinya kena marah balik. Sorry suami 😌 Tiba di Hospital Serdang, Ibu AA diturunkan di hadapan bangunan bersalin. Ibu turun dengan kesakitan skala 10/10 dan sampai di kaunter, ibu diminta mengisi borang kemasukan wad (bersetuju untuk menunggu katil sekiranya penuh) sementara ayah pergi mencari parking

Ibu diperiksa di ruangan menunggu dan sepatutnya ibu ke tandas tapi seorang staff kata terus ke katil. Sekali tengok bukaan 7 cm, memang padanlah sakit tak terperi. Terus dijeritnya doktor,  okay tarik ke dewan bersalin. Sempat ibu bertanya dalam keadaan terkejut, "Boleh ke saya bersalin doktor sebab 35 minggu 6 hari, tak kena cucuk dexa?" Doktor jawab tak perlu sebab CTG cantik & berat full term

Sampai di dewan bersalin, kebetulan suami baru sampai lepas cari parking, terus nurse panggil, suami Nur Ilyani, sila masuk ke dalam! Di dalam LR, suami terus genggam tangan dan bagi sokongan walaupun sebenarnya suami dah pening tengok darah berbuih-buih keluar. Penat meneran dengan kaki tegak, terpaksa juga digunting untuk memudahkan bayi keluar. Tepat jam 11.10 pagi, lahirlah Nur Amirah yang comel 😘

Amiruddin | 09 Februari 2021 | Normal delivery | 2.90 kg

Sangat berbeza dengan anak pertama, anak kedua ni memang lagi kuat dugaan. Muntah sampai ke 9 bulan rasa. Amiruddin lahir pada usia kandungan 38 minggu 3 hari. Kisahnya, sehari sebelum bersalin, ibu sebagai Ketua Panitia Pendidikan Islam perlu adakan mesyuarat yang penting. Asalnya mesyuarat dipersetujui pada 06 Februari 2021 iaitu hari Sabtu tapi unit Kokurikulum minta buat mesyuarat pada hari ini. Ibu pun mohon pada Guru Besar & Penolong Kanan 1 untuk buat pada hari Isnin sebab risau due tak lama lagi. 

Pagi tu macam biasa sampai mama mesej, Lin anak Cik Ani (jiran sebelah di kampung) dah bersalin. Mahu tak dup dap ibu ni nak 😂 Kami due date sebelah2, lagipun memang ibu doa dan pujuk adik keluar selepas semua mesyuarat selesai. Nak dijadikan cerita, betul habis mesyuarat tu, ibu dah sakit perut tapi masih boleh ditahan. Selesai solat zohor & makan, ibu pun rehat tidur sebab kepenatan. Sekali pukul 2 petang dah rasa sakit muncul kembali sedikit kuat berbanding masa akhir mesyuarat tadi. Terus beritahu suami dah rasa sakit tapi minta dia teruskan mengajar PDPR seperti biasa.

Asar tiba dan sakit makin kerap tapi masih dapat ditahan. Cakap pada suami, lepas ambil Amirah di Taska, kita terus pergi rumah umi (mak mentua) sebab Hospital Serdang sejalan saja dari rumah umi. Masih mampu makan KFC, kurma 3 biji & minum air milo dengan harapan mampu memberikan tenaga andai kata kalau bersalin malam ni. Sambil tunggu suami ambil Amirah, ibu siapkan barang ayah & Amirah serta sempat kemas rumah dan ikat sampah mana yang patut walaupun sehari sebelum tu ibu upah orang bersihkan rumah, basuh sofa, tilam & kereta. Macam tahu je nak bersalin 😂 Sempat mesej Guru Besar nak cakap terima kasih atas respon tentang mesyuarat dan cakap juga dah rasa sakit bersalin. Guru Besar sangat baik hati & nasihat, 'Banyak baca doa nabi yunus..urut perut dari atas ke bawah'. 

Semasa perjalanan ke rumah umi, dah rasa sakit selang 30 minit. Masa datang sakit, Allah je tahu perasaan tu. Contraction tu dahsyat ye. Sampai di rumah umi, terus baring di bilik sebab sakit. Suami sempat belikan burger & buatkan air milo. Sepanjang masa sakit ni, memang Amirah diserahkan pada suami untuk dipantau. Tapi akhirnya Amirah mengantuk dan tertidur sebelah ibu yang tengah mengira contraction. Sepanjang Maghrib nak ke Isyak, ibu banyakkan baca Al-Quran terutama surah Maryam & Yusuf dengan niat moga Allah mudahkan urusan bersalin.

Menunggu sehingga ke 3 pagi, ibu kira contraction pakai apps 'Contraction' (gambar ibu mengandung warna merah jambu) yang sangat memudahkan ibu. Di situ, kita dah tahu saat yang perlu ke hospital. Sela masa kurang 5 minit sakitnya, barulah ibu kejutkan ayah cakap, 'Jom abang, dah sakit sangat.'. Suami terpisat-pisat sebab baru nak lena tidur. Sempat suami pesan pada adik ipar cakap nak ke hospital.

Memang pecutlah suami memandu tengah malam tu sebab memang takde satu pun kenderaan. Berbeza dengan Amirah dulu, memang mengharung kesesakan sebab pagi kan orang nak pergi kerja. Sampai sahaja di kaunter pendaftaran, ibu diminta mengisi 2 borang iaitu borang untuk penempatan wad dan borang soal selidik COVID-19. Memang tulis dalam keadaan yang hanya Allah Maha Tahu. Sakit! Selesai menulis borang, suami yang lepas parking kereta terus ibu salam dan tiba-tiba pluppp, pecah air ketuban. Ya Allah basah 😂 masa Amirah dulu doktor yang pecahkan. 

Rasa geram sebenarnya doktor di kaunter tu macam kerek sikit cakap, awak tak boleh jalan elok ke. Balaslah balik, saya dah pecah air ketuban. Dia balas balik, ambillah pad. Masa tu agak kelam kabut cari pad di beg walhal dah susun comel sebab cuak kan dengan terbuka bahagian botol dengan milk collector. Dia bebel balik kata bawa yang perlu je, tak payah bawa botol. Dia tak tahu plan ibu susun gitu untuk terus bawa balik kampung. Ibu syak dia ni penat sangat ataupun belum kahwin sebab tengok gaya macam doktor muda yang belum pernah merasai macam mana sakit contraction. Maafkan saya berfikiran sebegitu sebab dah teramat sakit.

Di ruangan menunggu, doktor check cakap bukaan 4 cm & ada turun darah sikit. Paling tak dilupakan ye, kata tak rasa kepala engage di bawah, tak rasa Cephalic dan kebetulan Amiruddin dalam perut melonjong bak roti john ye. Dalam hati korang janganlah main-main doktor, dah lebih 3 kali scan, memang kepala di bawah dah. Disuruh kita bangun berjalan untuk scan perut, tak lama doktor iata tak perlu sebab ada staff nurse bawakan ke situ. Scan perut kata tak nampak juga sebab blur.

Tak lama, nurse panggil untuk swab test di bilik. Bayangkan tengah sakit comtraction tapi gagahkan diri berjalan untuk swab hanya Allah saja yang tahu. Sampai doktor tanya alamat rumah pun dah tercungap-cungap tahan sakit. Orang kata swab ni sakit kan, tapi tak rasa apa dah sebab kesakitan di bawah tahap maksimum. Usai swab, terus kembali ke katil. Masa ni dah rasa macam nak buang air besar tapi sebenarnya bukan. Inilah masanya untuk meneran tapi doktor tak perasan sebab uruskan pesakit lain. 

Tak lama ada doktor perasan dan periksa bukaan, terus dia jerit, 'fully dilated!' maksudnya dah buka 10 cm dalam masa kurang satu jam. Terus disorong ke Labour Room (LR) dan diajar meneran. Memang dah tak ingat pegang buku lali dan cara bernafas sebab memang dalam hati, 'Ya Allah cepatlah bersalin sebab tak tertanggung sakit'. Memang jawabnya episiotomi la jawabnya dan kena jahit 😅 Akhirnya pada pukul 5.42 pagi subuh yang hening, lahirlah mujahid ummah yang bernama Muhammad Amiruddin. 

Itu sahaja perkongsian mengenai pengalaman bersalin dua orang anak. Didoakan moga yang masih menunggu zuriat dikurniakan zuriat soleh solehah. Bagi yang kena bersalin sewaktu PKP, usah risau. Tanpa pasangan sekalipun, kita mampu harungi dengan baik dalam melahirkan zuriat. Banyakkan berdoa insyaAllah moga dimudahkan urusan kalian.

Seeru ala barakatillah, Assalamualaikum semua 😊


Amirah & Amiruddin berusia sehari



You Might Also Like

0 comments