Assalamualaikum, Salam Sejahtera semua ;p
Dah 3 bulan tak menaip apa-apa tulisan dalam blog ni. Dah beranak-pinak labah-labah kot. Haha! Dah nak habis 2014 barulah nak update tentang Kemboja. Alhamdulillah diizinkan Allah saya diberi kesempatan untuk bermusafir ke Kemboja selama 4 hari 3 malam kerana mengikuti program Rekayasa *mohon rujuk DBP* anjuran Jabatan Pengajian Islam dan Moral (JAPIM) IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka. Tourist guide kami ialah ayah dan ibu mentua tercinta Ustaz Fuad yang sememangnya asal dari Kemboja. Currency yang digunakan di sana ialah Reils tapi kami tetap guna Dollar sebab nilai mata wangnya 1 Dollar=4000 Reils. Di Malaysia pun takde mata wang tu. Lagipun di sana, prefer Dollar berbanding Reils.
Hari Pertama 16.06.2014 (Isnin)
Bertolak dari KLIA2 pukul 6.30 pagi dan mengambil masa 2 jam perjalanan ke sana. Sampai je pukul 7.30 lebih macam tu. *Pelik* Rupanya masa di sina sejam awal ye. Sampai di Phnom Penh Airport, kami disambut dengan bas pink comel merangkap kenderaan rasmi sepanjang 4H3M di sana. Makan di Mekong Cafe untuk alas perut. Kami dihidangkan sup Kemboja. Sedap! Sangat berbeza dengan sup Malaysia. Meneruskan perjalanan ke Cambodia Islamic Center dan pergi ke tempat asrama Banat (Perempuan) di Kandal Province, bersebelahan Sungai Mekong. Untuk ke satu destinasi mengambil masa dalam 3-4 jam. Jalan di Kemboja tak smooth ye macam di Malaysia. Adventurous! Malamnya kami menginap di Mekong Hotel. Sempat bersiar-siar di sekitar hotel. Pesan ibu mentua Ustaz Fuad, "hati-hati kat sini sebab ramai mabuk malam macam ni". Saya terus pegang tangan dia sebab takut.
Bas pink peneman kami :) |
Sup Kemboja sedap masa panas. |
Hari Kedua 17.06.2014 (Selasa)
Seawal 7 pagi waktu tempatan kami bertolak menuju ke Kampong Cham. Kampong Cham adalah kawasan penempatan umat Islam di Kemboja. Di Kemboja umat Islam adalah golongan minoriti. Hanya 6% sahaja kerana negara ini berpegang pada ajaran Buddha. Rumah di sana rata-rata tinggi kerana mereka terdedah pada banjir. Ada yang dilihat, rumah mereka ada tangga yang boleh mudah alih. Maknanya, kalau turun ke tanah ambil je tangga tu. Pastu letak balik kalau tak nak guna. Kami singgah di Kroch Chhmar untuk melawat Ustaz Nasrullah, warga Malaysia yang menyerahkan diri untuk berkhidmat sepenuhnya di Kemboja. Kegigihan yang dilihat, ustaz merupakan mudir di madrasah ini, gigih untuk memberi bantuan yang sekadarnya kerana mereka tidak dibantu oleh kerajaan. Madrasah ini kalau tidak silap juga menjadi tempat berkumpul jemaah tabligh. Sepatutnya kami dijadualkan untuk melawat telaga yang dibina atas sumbangan pihak IPG kami dan lain-lain namun bukan rezeki kami kerana hujan teramat lebat. Malamnya kami menginap di rumah warga Kemboja. Syoknya dapat makan ikan bakar. Besar dan segar. Lupa nama ikan tu. Maaf, tak snap sebab seronok sangat makan. Kami juga dihidangkan dengan sup lagi yang memang superb sedap!
Madrasah di Kroch Chhmar |
Kitab-kitab di rumah Ustaz Nasrullah. Okay, malu sebab lagi banyak daripada kami T_T |
Hari Ketiga 18.06.2014 (Rabu)
Kami melawat sekolah di Stoeng Treng, dekat je dengan rumah makcik yang makan ikan bakar tu. Sekolah tersebut menempatkan para murid Islam walaupun umur 15 tahun. Walaupun serba kekurangan, kagum dengan semangat yang mereka tonjolkan untuk belajar. Malu rasanya kalau di Malaysia ni tak nak belajar. Selesai diskusi dengan mudir sekolah, kami melawat pula telaga yang disumbangkan sekitar kampung tersebut. Rasa terharu melihat penduduk di kawasan ini. Daif dan sangat memerlukan pada air yang bersih. Moga sumbangan yang diberikan menjadi saham pahala buat penyumbangnya. Kami meneruskan perjalanan ke Phnom Penh iaitu ibu negara Kemboja ye. Malamnya kami berkesempatan naik tuktuk, macam beca la kiranya. Dapat melawat Istana Raja Kemboja. Di sana, malam mereka meriah kerana mereka mencari hiburan. Bak kata ayah mentua Ustaz Fuad, malam hujung minggu lagi meriah. Maknanya yang kami lihat belum meriah lagi tu!
Tinggi kan rumah kat sana? |
Katanya ni dulu kawasan reban ayam |
Sekitar pemandangan sekolah di Stoeng Treng |
Antara telaga yang disumbangkan. Sambangan pun boleh, hihi |
Itulah Ustaz Fuad dan belakang kami tu Sungai Mekong |
Istana Raja Kemboja di Phnom Penh |
Bangunan sekitar Koh Pich City Hall macam kat Italy |
Hari Keempat 19.06.2014 (Khamis)
The last day in Cambodia. Usai sarapan, kami ambil kesempatan naik feri merentasi Sungai Mekong. Pergh, tak sangka. Dulu tengok dalam buku teks Sejarah je, sekarang dah sampai ke tempat sebenar. Sepanjang kami menyusuri Sungai Mekong ini, dapat lihat mereka yang hidup dalam rumah air ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bersyukur dengan nikmat yang ada. Saya banyak menyendiri di atas kapal sebab nak rasai suasana melihat ciptaan Allah di bumi Kemboja. Dapat tenung langit membiru, suasana kehidupan golongan marhaen di sungai ini. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam. Kemudian, kami bersiap untuk shopping. Tak banyak pun beli, sekadar untuk sourvenirs buat keluarga dan sahabat handai. Dalam pukul 4.45 petang, kami pun pulang ke Malaysia. Suasana di Kemboja amat berbeza dengan suasana di Jawa Timur, Indonesia yang pernah saya lawati suatu ketika dahulu. Mereka lagi daif dan ustaz kata, itu awak tengok yang sederhana daif, belum lagi yang betul daif.
Inilah Sungai Mekong |
Rumah air buat mereka |
Fabiayyi ala irabbikuma tukazziban |
Selamat tinggal Kemboja |
Langit Kemboja membawa seribu makna buat diri ini |
Semoga Allah izinkan saya dan sahabat lain untuk menjelajah ke pelbagai tempat melihat kebesaran Allah. Entri seterusnya akan cerita tentang jelajah saya ke Sarawak dan Brunei pula ye. Doakan saya dapat ke Singapura pula tahun berikutnya. Amin!
Assalamualaikum!
~Tschus~
0 comments