Ketika Fahirah sedang berehat sambil membaca novel Matahari karya Hilal Asyraf, tiba-tiba..
“Eh, mesej daripada Maizan!” ‘hatinya berbunga-bunga.
“Assalamualaikum, Fahirah. Maizan dah tanya dia,”
Alangkah terkejutnya hati dia. Tak sangka sahabatnya ini begitu pantas dalam menunaikan hajatnya.
“Erm, apa kata dia ya?” berdebar jantung Fahirah.
“Maaf Fahirah, dia pun mencintai orang lain. Mungkin Allah nak berikan lelaki yang lebih hebat buat Fahirah, sabar ya!” balas Maizan.
“Baiklah. Fahirah faham. Terima kasih banyak-banyak Maizan atas pertolongannya, Jazakillah. Doakan Fahirah ya! Jangan risau, Fahirah redha atas ketentuan-Nya,” ketika itu matanya berkaca namun air matanya seakan membeku.
Malam itu semakin dingin. Kala itu, Fahirah berteleku di atas sejadahnya. Menjadi sebahagian daripada rutin hariannya. Namun pada malam itu, dia ingin sepuas-puasnya bersama Rabb. Ingin sekali dia meluahkan rasa kesedihannya pada Khaliqnya.

“Ya Allah, Kau Maha Mengetahui! Cintaku pada dirinya
tidak dapat kumiliki. Namun Kau pemilik cinta manusia sebenar-benarnya.
Walaupun dirinya bukan untukku, aku pasti Kau akan memberikan yang terbaik buat
hamba-Mu,” akhirnya air mata Fahirah tertumpah jua.
Sedih dan pilu. Cinta pada Iqbal yang berputik sejak di
bangku sekolah lagi ditolak oleh dirinya sendiri. Hari-hari yang dilalui
Fahirah bagaikan kosong. Hati mana yang tidak lara jika seseorang yang dicintai
menolak perkara itu.
Hujung minggu itu, Fahirah mengikuti majlis ilmu yang berbicara mengenai hati. Allah. Fahirah merasakan kini jiwanya terisi dan seperti menjawab soalan mengenai segala yang berlaku pada dirinya ketika itu. Peristiwa itu tidak diceritakan kepada sesiapa melainkan Maizan dan sahabat karibnya, Solehah.
Kini dia memahami dengan lebih mendalam, Allah memberikan ujian sebegini padanya agar dia memahami matlamat sebenar dalam meniti Baitul Muslim itu sendiri. Fahirah kini lebih banyak memuhasabahkan dirinya. Dia aktif mengikuti usrah dan memperbanyakkan aktiviti berkaitan tarbiyah. Dia memperbanyakkan amalan sunat dan sering mengikuti majlis ilmu. Cukuplah cinta yang didambakan daripada manusia membuatkan dirinya kecewa.
Dia berharap eksplorasi cinta menuju pada-Nya kini dapat digapainya dan Fahirah sebagai seorang wanita mengharapkan dia mendapat jejaka yang menjadi imam untuk dirinya. Bersama-sama berpimpinan tangan menuju Firdausi. Amin Ya Rabbal Alamin.
Ni sambungan karya-karya sebelum ni
Eksplorasi Cinta Fahirah | Intro
Eksplorasi Cinta Fahirah | Mengapakah dia?
Eksplorasi Cinta Fahirah | Langkah Tercipta

ss says:Alhamdulillah..akhirnya selesai karya ni..Terima kasih pada yang membantu dan yang memberi inspirasi!
5 comments