Buat Roommate Tercinta ♥

Perkenalan kami sekadar kawan biasa pada mulanya.
2011, jiran sebelah bilik.

Kami?

Saya. Dia.
Saya Jurusan Agama Islam. Dia TESL.
Saya Pahang. Dia Melaka.


Sehingga ahir tahun 2011, kami masing-masing tak tahu nak duduk sebilik dengan siapa,
jadi kami putuskan untuk hidup bersama untuk tahun 2012.

:)

Hidup kami mula terasa kelainan.
Saya perlukan dia dan dia perlukan saya.

Kalau saya sakit, dia bantu saya.
Kalau dia sakit, saya wajib tolong dia.

Kalau hujung minggu, saya ada urusan..
Dia pula pulang ke rumah
Saya akan rindu dia sangat-sangat
Kadang macam kosong HATI ni

Saya rindu sangat insan ini.
Kala menaip ini, saya sangat rindu dia.
Saya rindu nasihat dia, bualan dia, senyuman dia.

Insan ini membuatkan saya gembira bila pulang ke bilik.
Dia menjaga makan minum saya.
Teman setia mendengar luahan hati saya.

Kadangkala rakan lain akan pelik,
"Macamlah kitorang tak kenal roommate kau"
Sebab kami akan selalu mention pada rakan yang lain
"Roommate aku kan.."

Dear Liebe, Syafiqah Kamaruddin..
Ayat awak berbunyi begini
"Special dedication for my dearest roomate~
Thanks for all the things that u have done to me.... I really appreciate that... :-) maaf cuz I have made ur life in missery for these couple days.. U are so patience, pure and kind in every aspects.. I couldn't find a person like u in this world... So, I love u so much.... Miss u always and u are my very best roommate ever and ever.... ♥ ♥ ♥ uhibbukifillah... May Allah bless our friendship forever... :-)"

Liebe..
Awak buat saya menangis sangat-sangat.
Kerana dengan awak, saya ada kekuatan!
Anugerah Allah buat diri saya.

Liebe..saya takkan pernah putus asa daripada berdoa,
Moga Allah melimpahkan Rahmat buat diri awak dan keluarga tercinta!

Saya. Dia.
Ane ♥ Liebe

Saya nak ucapkan banyak-banyak terima kasih..
Jujur ketika ini..air mata saya berjujuran mengenangkan persahabatan yang terbina
Saya mohon maaf andai saya buat awak terguris hati
Buat awak rasa sakit hati
Saya insan marhaen. Kerdil.

Liebe..saya berdoa sangat, ada rezeki.
Saya nak tinggal sebilik dengan awak sampai sem 8.
Saya macam tak nak berpisah dengan awak.

Rindu nak bersama..
Makan. Solat. Kongsi cerita.
Setahun dengan awak buat saya bahagia.

Maafkan saya kalau saya tak dapat jadi roommate yang terbaik buat awak!
Maaf dan maaf dipohon!

Buat Liebe,
Sanah helwah diucapkan..semoga sentiasa dalam Rahmat Allah
Dipanjangkan umur dalam Redha-Nya, dimurahkan rezeki yang halal
Semoga mendapat jodoh yang membawa ketaatan pada-Nya!

Salam Sayang daripada Ane buat Liebe!
-Nur Ilyani Abd Munir, 11:36 pm, 15.12.2012-

You Might Also Like

0 comments