Assalamualaikum, Salam Sejahtera semua ;p
Alhamdulillah, segala puji bagi-Nya yang mengizinkan hamba ini hidup pada tahun ini dan memberi peluang buat diri ini untuk terus istiqamah dalam kehidupan. Permulaan 2016 telah membawa kepada Cik Ily untuk melangkah lebih maju ke hadapan.
Bermula pada 04 Januari 2016, Cik Ily berpeluang untuk bekerja di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Kelas Agama Fardhu Ain (KAFA) Bukit Kuantan sebagai guru ganti sementara di sini. Cik Ily diberi amanah untuk mengajar murid tahun 1 dan prasekolah. *ohmyyy*
Jujur, Cik Ily tak pernah sesekali mengajar tahun 1 mahupun prasekolah kerana praktikum sebelum ini pun lebih mengajar tahap 2. Tapi apapun Cik Ily ambil ini sebagai pengalaman sebelum diberitahu penempatan sebagai guru.
Pada 18 Januari 2016 pula, Cik Ily telah mengambil ujian lesen memandu JPJ. Sehari sebelum tu, hanya Allah saja yang tahu betapa dupdap jantung ni tapi boleh tidur nyenyak malam tu. Keesokan harinya, Cik Ily mengikut sesi kedua untuk ujian. Alhamdulillah, untuk jalan Z, parking T, jalan S dan parking, Cik Ily dapat laksanakan yang terbaik. Allah saja Maha Mengetahui hati ni berdebar dari saat buat Rutin Pemeriksaan Kenderaan (RPK) dan RSM (Rutin Sebelum Memandu) sehinggalah di jalan raya.
Cuma kurang bernasib baik ketika ujian di jalan raya, Cik Ily diselia oleh pemeriksa yang serius garang dan tegur memang menusuk dalam. Rupanya bukan Cik Ily saja yang kena, sebelum sesi ni sekalipun, memang yang keluar dari kenderaan dengan pemeriksa tu akan muka masam mencuka.
Cik Ily memang masa masuk kereta, mestilah bagi salam dengan pemeriksa tersebut. Tapi mukanya, haish. Tak tahu nak kata apa. Sabar je la. Pada masa tu, Cik Ily yang okay jadi 360 darjah jadi tak okay. Memang diakui Cik Ily ada buat kesilapan, tapi tegurlah dengan baik sebab itu atas jalan. Jangan dibentak orang macam saya. Akhirnya, sebelum keluar dari kereta, pemeriksa tu cakap, 'maaf, awak teruk kali ni". Mana Cik Ily tak patah semangat, menangis terus!
Memang dalam hati, sah la. Aku kena retest jalan raya sebab yang atas litar okay sangat. Habis keluar dari kereta, Cik Ily terus call kawan di Perlis, Fariha aka Peha. Dia dengar la bebelan, luahan segala bagai. Sedih nak tumbuk pemeriksa tu pun ada jugak tapi nasihat dia buat Cik Ily cair!
Cik Ily mengadu kat cikgu yang ajar kereta, Encik Harif, tester garang dan tegur pun macam nak makan orang. Memang lain cara penerimaan lelaki ni, dia rasionalkan balik dan last2 dia kata okay je tu, insyaAllah lulus. Soalan yang paling terngiang daripada cikgu,
"Masa nak balik ke Institut Memandu, awak ke tester yang bawak kereta?"
dan Cik Ily jawablah,
"saya, kenapa?"
"Makna kata tiada kesalahan mandatori la yang awak buat, selalunya kalau gagal, tester tu yang akan pandu balik kereta." jawab cikgu.
Dan bermula dari situ, aku mula lega walaupun hati masa sedu mengingatkan peristiwa sebelum tu. Sampaikan, terpaksa ada orang pujuk Cik Ily kemain tak nak bagi mata panda timbul. Akhirnya, 20 Januari 2016, hari Rabu, Cik Ily menerima lesen P. Alhamdulillah ! :)
Itulah sedikit coretan peristiwa yang berlaku pada bulan Januari 2016. Semoga yang gembira mengiringi bulan-bulan seterusnya.
Anak murid saya (: |
My licence |
~Tschus~
ss says: Gaji pertama dapat rasa! Tapi habis untuk bulan Mac ni.
0 comments