Perjalanan Pasca Graduasi (Internship dan Pasca Internship)

Assalamualaikum, Salam Sejahtera semua ;p

Fuh fuh *tiup habuk blog*. Alhamdulillah, sejak bergelumang dengan kehidupan mahasiswi di Melaka, dengan assignments menimbun, berperang dengan kajian tindakan, pembentangan kajian tindakan dan peperiksaan akhir semester (peperiksaan terakhir sebagai graduan ijazah sarjana muda), maka saya telah rasminya menamatkan pengajian di Melaka pada 18 September 2015.
Alhamdulillah, walaupun tak first-class honours but i'm satisfied with my result :)
Jujur saya katakan, sepanjang 5 tahun 3 bulan berada di kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) di Melaka, banyak pengalaman yang saya telah lalui. Suka dan duka menjadi lumrah di kampus sana. Sebagai seorang yang sudah berkelana menuntut ilmu di negeri orang semenjak dari bangku sekolah lagi, saya anggap ini penguat semangat untuk terus maju kelak apabila di medan lapangan sebenar sebagai seorang guru.

Setelah saya bergraduasi dari kampus tercinta ini, saya telah ditugaskan untuk melakukan internship iaitu sebagai suatu latihan terakhir sebagai mahasiswa/wi di IPG seluruh Malaysia. Apa yang perlu dilakukan ialah kami dikehendaki melaksanakan projek.

Projek yang perlu dilaksanakan perlulah:-
2 projek berkumpulan
1 projek individu

Kami batch PISMP (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan) Ambilan Januari 2012 ni lain sikit, segalanya dirombak pada tahun kami. Sepatutnya kami melaksanakan program internship ini sewaktu kami sebelum menduduki peperiksaan akhir semester, namun atas arahan pihak atasan KPM (Kementerian Pelajaran Malaysia), maka kami akur dengan keputusan itu. Program internship perlu dilaksanakan mengikut pilihan sendiri. 

Namun istimewa untuk mahasiswa/wi yang berasal dari Borneo (Sabah Sarawak), mereka perlu menjalani internship di tempat asal mereka. Means they've to back home! Jujur pada mulanya amat sedih kerana kami dah set yang kami akan berpisah sesama rakan sendiri dalam bulan November. Tup tup kena berpisah bulan September. Lagi menyedihkan kerana saya berpisah dengan roommate sendiri yang tahu jatuh bangun diri ini hampir 4 tahun bersama.

Bersama roommie tercinta sewaktu di River Cruise
Kami memulakan projek internship ini pada 28 September 2015 sehingga 23 Oktober 2015 iaitu selama sebulan. Saya melaksanakannya di SK (LKTP) Bukit Kuantan. Mesti ramai yang tidak mengetahui apakah maksud LKTP kan? LKTP maksudnya Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan atau nama lainnya FELDA (Federal Land Development Authority). So selama ni kita duk sebut FELDA tu dalam English la.

Okay, back to the topic, saya perlu menyediakan kertas kerja (paperwork) sebelum menjalankan projek internship. Pada mulanya pecah kepala memikirkan projek yang sesuai kerana saya berseorangan sahaja. Tiada teman la katakan. Kalau kawan lain, berkumpul kawan dari IPG lain. Reunion habis! hahaha. Apabila berbincang dengan mentor, Kak Rosliza Binti Zainal Abidin, diberikan kebebasan untuk saya melakukan apa sahaja projek. Jadi saya memutuskan untuk membuat projek perkhemahan sekolah (yang ni best sikit sebab kertas kerja dah siap pun), seterusnya projek menceriakan surau sekolah dan terakhir projek pendedahan pengurusan jenazah.

Sewaktu perkhemahan kokurikulum sewaktu internship hari tu
Setelah sebulan berlalu, saya telah menjalani pasca internship. Seronoknya saya di sekolah ini tak banyak dapat kelas ganti. Cuma macam tolong cikgu-cikgu di sini. Jaga periksa ke. Tetapi pengalaman yang sangat menarik, saya diminta berkolaborasi dengan Kak Zaidah Muhammad untuk melatih murid tahun 6 lelaki bagi persembahan nasyid sempena Hari Anugerah Kecemerlangan SK (LKTP) Bukit Kuantan. Dan terserlah lah bakat terendam, pandai pulak saya ni main Conga, Bongo, Shaker dan Bar Chime *bangga diri jap*

My Nasyid Team
Apapun pengalaman berharga sepanjang berada dalam program internship ini amat saya hargai. Mungkin kerana sekolah yang mempunyai suasana best, guru-guru sporting, murid-murid yang mendengar kata dan paling penting dekat dengan rumah. Hehehe. Oh ye, masa Hari Anugerah Kecemerlangan hari tu, Kak Wiza minta saya buatkan prop yang macam kat wedding photobooth tu, hasilnya tengok la kat gambar nasyid team tu.


Sebahagian guru dan murid-murid yang mendapat keputusan cemerlang UPSR baru-baru ni. Ha, itulah prop yang buat pegang tu sekarang. Jadi trend la katakan

Ala kulli hal, sebenarnya saya amat merindui zaman kampus. Ternyata zaman itu yang membuatkan saya berada di sini sekarang. Rindu semua sahabat! Bolehlah kata sedikit bosan di rumah sebab banyak rehat *di samping melemakkan badan yang dah makin mencomel*


Antara kenangan sewaktu di SKBK
Start to miss them! When we can meet again? *Muslimah Osemm*
Sekarang ini saya menunggu keputusan untuk temuduga SPP (Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran), belajar memandu kereta dan menunggu posting. Mencari juga kerja tapi mungkin tahun depan sementara menanam anggur di rumah ni.Huhuhu. Dalam perancangan kerja di Sekolah KAFA. Ala kulli hal, doakan saya untuk terus maju dalam setiap perkara dalam kehidupan serta merancang untuk masa hadapan. Ganbatte untuk sahabat Borneo dan tawaran SJKC yang sudah mula ditemuduga SPP. Oh ya! Tahniah untuk my bestie, Filzati Zulkipli yang dapat further study in Master di UUM. Semoga saya dapat ikut jejak langkahnya, amin!

With my bestie, all the best dear!
 ~Assalamualaikum. Tschus~


ss says:Cuti sekolah boh, penuh la undangan walimah. Mungkinkah Cik Ily tahun depan, kuikuikui *muka bajet ngade*

You Might Also Like

0 comments