Kenangan bersama yayie :')

Assalamualaikum, Salam Sejahtera semua ;p 

Alhamdulillah, syukrulillah kerana diberi kesempatan untuk terus hidup di muka bumi Allah. Dah lama rasanya Cik Ily tak menaip dalam blog ni. Rindu rasanya untuk coret sesuatu dalam sulaman solehah ni. 

Banyak sebenarnya yang dilalui sepanjang 2016 ni. Tak terlambat lagi untuk Cik Ily mengucapkan Salam Aidilfitri buat semua pembaca blog ni (eh, ada ke yang nak baca lagi? hewhewhew)

Dek kerana masa & pelbagai urusan, rasa nak update blog ni tapi macam-macam kerja yang didahulukan. Baru-baru ni iaitu 20hb Julai 2016, atuk sebelah abah Cik Ily yang panggil Yayie, telah kembali ke Rahmatullah. Al-Fatihah buat yayie yang disayangi.

Sejujurnya Cik Ily takde banyak kenangan sangat dengan Yayie tapi kenangan yang satu ini terpahat di minda dan ingatan. Sewaktu 2006, cuti sekolah waktu tersebut, abah tiba jatuh sakit dan masuk wad. Berjujuran air mata sebab abah bagi macam-macam wasiat buat kami sekeluarga. Cik Ily da semakin resah sebab cuti sekolah dah nak habis, tak kan nak balik sekolah dalam keadaan mama & adik nak jaga abah di hospital.

Atas inisiatif keluarga sendiri, Paksu (adik bongsu abah) & yayie datang menguruskan hal abah di hospital. Cik Ily pula memandangkan bersekolah di sekolah asrama penuh, maka Cik Ily mengambil keputusan untuk cuti sehari untuk temankan abah. Alhamdulillah, abah stabil tapi abah masih tak dapat keluar dari hospital. So, who's gonna send me back to school?

Bincang punya bincang, akhirnya yayie willingly hantar Cik Ily ke sekolah. Sebenarnya rasa kesian kat yayie sebab faktor usia tapi masa tu yayie masih kuat dan gagah. Yayie hantar Cik Ily naik bas dan teman sampai sekolah. Ingat lagi masa tu, naik bas pakai baju sekolah sebab sampai je kat sekolah, dah subuh :')

Yayie teman sampai kat sekolah Integomb dulu hingga ke lobi aspuri, Cik Ily macam sedih sebab okay ke yayie nak balik Pahang semula, tapi semuanya okay. Itulah tubuh yang menggenggam tangan untuk Cik Ily kuat tika abah masih terlantar di hospital.

Namun itu semua kenangan, hayatnya telah ditakdirkan berakhir pada 2016. Saat diberitahu arwah yayie telah meninggal dunia, kami sekeluarga masih dalam kereta. Abah yang tak pernah bawa kereta laju haritu telah memecahkan rekod 140km/j. 

Paling menyentuh hati, abah meluahkan kekesalannya sedikit kerana tidak sempat untuk memandikan jenazah, "Abah berpuluh tahun mandikan jenazah orang lain, tapi jenazah bapak sendiri tak dapat". "Abah harap bila abah tiada nanti, akak, bakal suami akak (yeah, this is exact word from abah) dan adik uruskan", linangan air mata abah tak terhenti di situ sahaja. Sewaktu abah bacakan talkin, abah tak mampu mengawal air matanya. 

Yayi dengan abah memang rapat, manja. Abah antara anak yang menurun sikapnya & kerjanya. Dulu yayie kerja sebagai imam di masjid sekitar kampung dan abah pun mengikut jejak langkah yayie. Abah selalu bawa yayie jalan-jalan sekitar Pontian meskipun yayie dah kurang sedikit ingatan pada ahli keluarga yang lain, tapi yayie masih ingat abah :)

Itu sahaja yang Cik Ily dapat nukilkan. Sebak namun alhamdulillah, pada akhir hayat yayie, diberi peluang untuk berbakti padanya. Kali ini, ada rezeki pulang ke kampung, ingin berbakti untuk tok wan, mandikan dia, ambilkan wuduk untuknya. Semoga tok wan cepat sembuh dan dapat berjalan dengan baik.

-Akhir hayatnya, kukucup dahi itu, sejuk. Itulah yayie. Tersenyum. Biar pada cucu lain dianggap garang, tapi padaku, garangnya itu tanda sayang. Al-Fatihah buat yayie. Moga ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan bertakwa-

Kenangan terakhir beberapa minggu sebelum arwah meninggal dunia. Kredit instagram @nurhazwanihusna


~Tschus~


ss says: Insya-Allah abah, akak akan cuba penuhi hasrat abah :')

You Might Also Like

0 comments