Bukan niatku untuk melakukannya

Hambatan masa membuatkan diri seakan layu untuk menghadapi masa hadapan.
Assignment
Projek
Kajian Tindakan
Pembentangan Kajian Tindakan

tapi sebenarnya aku berasa sungguh diuji dengan masalah ukhwah, sukar diungkap. Masa kritikal ini, aku mampu mengucapkan "inni asyku bassi wa huzni ilaAllah"

diuji dengan kematian sahabat, diuji dengan penyakit mama.

Sungguh, mahu aku lari dari suasana ini. Mahu kumemeluk mama, menangis di bahu dia, ceritakan masalah di sini tapi aku tak mampu. Sampai satu ketika, aku mahu kurungkan diri daripada jumpa sesiapa.

Saat ini aku mahu diri aku ini tidak dikenali sesiapa. Senyap.

Jadi, tiada perselisihan faham.
Tiada cemburu.
Tiada gaduh.

Cukup hati ini membawa duka.
Kerna bukan niatku untuk melakukannya


Berjanji ku
Di suatu ketika
Bahawa aku takkan menduakan-Mu
Dan aku takkan biar sesiapa 
Cuba memalingku dari jalan bahgia
Ooo...

Ternyatalah perjalanan ini 
Tidak semudah yang ku tafsirkan 
Jalannya berliku
Turunnya berliku
Jika tersilap langkah
Menyesal sesal selamanya

Kasih andai cinta yang kusemai
Rapuh menanti ditewas dugaan
Maafkan aku
Kiranya tak tertanggung
Segala harapan yang diberikan
Maafkan aku
Yang tiada berdaya
Kerna bukan niatku untuk melakukannya

Kasih andai cinta yang kusemai
Rapuh menanti ditewas dugaan
Maafkan aku
Kiranya tak tertanggung
Segala harapan yang diberikan

Mungkinkan ada pengampunan dari-Mu
Kembalikan fitrah kehambaanku
Hinanya aku
Merayu kepadaMu
Setelah kering dosa yang kulakukan

Maafkan aku
Yang tiada berdaya
Kerna bukan niatku untuk melakukannya

Lari jauh untuk tenangkan diri
ss says: hanya segelintir sahaja yang faham. Maaf kerana emosi Cik Ily tak stabil.

You Might Also Like

0 comments