FYS | Ketika Itu | Part I

Aku melihat redup ombak yang bermain irama mendayunya menghempas diri ke arah pasir tempat kuberdiri. Ya, pantai! Aku banyak melakar kenangan di pantai. Tapi itu lain, pantai ini tak sama dengan pantai di situ. Tak sama! Mataku sudah merembeskan lakrimasinya di pipi. Satu persatu wajah insan yang kurindui menjelma.

***
Maira. Sewaktu pertama kali mendaftar di kampus tempatku menimba ilmu pengajian tinggi, si dia duduk tidak jauh dariku sewaktu taklimat pendaftaran, dia bersama ibu bapanya. Sesi soal jawab bermula, ayahnya mencapai mikrofon dan dari persoalannya, kutahu dia rupanya berasal dari Sarawak. Hatiku berbisik, "semoga dia tabah di Semenanjung ni!"

Ila. Di kampus, dia seorang yang artistik. Aku kagum dengan tangan magisnya, mampu menghasilkan coretan kanvas berwarna walaupun dia bukan mengambil jurusan seni tapi dia seorang insan bahasa! Oh ye, Ila pun berasal dari Sarawak, sama seperti Maira.

Atiq. Insan ini mulutnya persis bertih digoreng. Ada sahaja kata-katanya yang melucukan dan membuat hati ini tertawa. Dengan slanga Sabahnya membuatkan diriku tersenyum kerana bahasanya yang bakunya sangat kukagumi.

Aku tidak tahu mengapa kami berempat menjadi rapat seolah-olah menjadi covalent bond padahal Ila dan Atiq berbeza umur dua tahun muda dari aku dan Maira. Aku dikelilingi insan yang berasal dari borneo. Aku pula berasal dari Pantai Timur, aku sahaja yang berasal dari Semenanjung. Lupa pula, namaku Liya. Setelah diringkaskan, mereka memanggilku L. Haha, aku tak kisah, asal mereka gembira memanggil namaku, aku pun turut gembira.

***
"Maira, saya kebosanan duk dalam bilik. Jom keluar!" Kukirimkan mesej ringkas pada Maira. Aku akui, aku seorang kaki jalan yang sukar melekat di bilik. Tambahan pada hujung minggu, boleh jadi tepu otak aku!

"Okay, tapi kita nak ke mana?", jawab Maira.
"Ke pantai!" jawabku semangat.
"Tapi naik apa? Saya dah takde kereta," kereta sewa Maira telah dipulangkan semula ke tuannya setelah tiga bulan disewa untuk praktikalitinya.
"Takpe, saya tanya pakcik. Mana tahu dia boleh hantarkan?" kakiku semakin menggerutu, mahu keluar dari lubuk kesesakan.
Aku berjumpa dengan Pakcik Mail, dia seorang petugas keselamatan di kampusku merangkap driver tak rasmi aku sepanjang berada di sini. Aku kira banyak jasa yang dia curahkan buat aku kerana aku tidak punya kereta untuk bergerak ke tempat yang diperlukan.

"Pakcik, nak mintak request bawa kami ke pantai. Nak pergi juga walaupun dah lewat!" aku meminta dalam keadaan membentak.
"Tak boleh la Liya, pakcik kerja sekarang ni"
Dalam kesibukan dan kekusutan, aku melihat raut wajah Maira. Tenang. Setenang bayu memupuk ke tubuh mulus pada petang itu. Bayu bak sepoi-sepoi bahasa. Akhirnya, kami bertemu insan yang dapat membawa kami ke pantai. Itupun atas usaha Maira. Maira mengajak Ila untuk joint venture sekali ke Pantai.

***
Ada kata ingin kuluah tapi diriku tak mampu, ada aksara yang ingin kucoretkan namun diriku tak berdaya. Ada doa yang ingin kukirimkan, itu sahaja kumampu kerana kita berjauhan. Aku merenung ombak itu, pantas dihempas dirinya ke gigi pantai.

***
Saat itu, aku, Maira dan Ila sahaja dapat menjengah pantai. Atiq, dia punya hal untuk diuruskan hujung minggu itu. Tatkala di pantai, aku merenung jauh. Allah, banyak yang kulalui ranjau kehidupan di negeri perantauan ini. Hatiku aku merintih. Banyak sudahkah jasaku untuk umat yang telah kulunaskan?

Sedang merenung ke lautan membiru, senja makin menjengah, aku melihat raut wajah dua insan ini, insan yang telah mengetuk pintu hatiku seorang yang individual type atau boleh kukatakan suka bersendiri, Maira dan Ila. Maira, kukira dirimu setabah Aisyah Humaira', Ila kau seteguh Maryam. Kalian diuji Allah dengan ujian tersendiri, ujian ukhwah.

Pantai itu menjadi saksi pertemuan hati-hati yang merindui-Nya. Kala itu kami pada mulanya banyak bermonolog dengan diri sendiri. Aku melepaskan sukma kelemasan diri dengan menghirup udara di pantai. Allah memberi kesempatan buat kami untuk menundukkan diri pada-Nya di situ. Beratapkan langit, berlantaikan butiran pasir, bertemankan bayu lembut. Sungguh, kurindukan saat itu berlaku lagi. Solat berjemaah yang kukira pertama kali di pantai yang kiri kanannya penuh insan dengan hal duniawi mereka.

Usai solat Maghrib, aku, Maira dan Ila berteleku memandang kembali lautan bergelora di hadapan kami walaupun langit sudah gelap pekat tika itu. Kami mula bersuara seakan tiada insan lain di situ. Serasa seperti aku dan mereka berkenalan kembali. Jujur.
"Ah, menyesalnya aku! Kenapa kini baru kutemui mereka sedangkan aku Final Year Student kot! Lambat aku!" aku merintih dalam hati. Saat itu juga aku cuba selami dan kenali diri masing-masing. Maira sebenarnya sekuliah denganku tapi malam itu rasa aku baru kembali kenali dirinya setelah beberapa tahun bersama.


"Macam mana tah, baru ni akak jadi rapat dengan Kak L," ujar Maira pada Ila. Ila mendengar dengan penuh khusyuk.
"Aah, entah macam mana eh, haha", tapi kukira sebenarnya ada sisi siri hidup yang banyak lagi terluah di pantai itu.


***
Andai dapat kukirimkan rindu ini dengan menatap wajah kalian..

Bersambung...

You Might Also Like

0 comments