Assalamualaikum,
Dah lama tinggalkan blog ni kan? Makin berhabuk atau mungkin mendap dek air bah.
Apapun, pengalaman cuti semester kali ini sangat memberi impak buat saya warga Pantai Timur khususnya di bahagian Pahang dan lagi spesifik di kawasan daerah Kuantan.
Bermula pada 3 Disember lalu, saya perlu berjumpa dengan doktor pakar pergigian bagi menghabiskan janji temu saya yang terakhir dengan beliau sebagai pesakit bahagian Ortodontik. Semangat pagi itu rasa luntur semacam kerana hujan turun mencurah-curah membuatkan saya berasa teramat malas untuk ke Klinik Pergigian di Gambut Kuantan.
Pagi itu dengan rasa kemalasannya bersiap dan sempat bermesej dengan Filzati. Saya katakan padanya bahawa saya rasa sungguh malas nak ke sana. Apapun, dah nama janji temu yang sepatutnya pukul 8 pagi, wajib dilunaskan walaupun hampir terlewat 2 jam disebabkan hujan tidak henti.

Saya, mama dan abah meneruskan perjalanan ke Kuantan dengan menaiki kereta dan melalui kawasan Indera Mahkota. Namun, sampai di kawasan sana, air sudah ke paras pinggang. Allahu Rabbi, berderet kenderaan waktu itu untuk patah balik ke arah lain.
Abah pun mengambil jalan yang sama memandangkan jalan ke Kuantan sememangnya tidak dapat dilalui.
"Akak, nanti call balik klinik. Kata kita dah tersekat kat IM sebab banjir", kata abah.
Sebagai anak, saya menurut perintah. Lagipun memang berasa sesuatu yang kurang elok bakal terjadi. Kemudian, pada petangnya saya menelefon pihak klinik pergigian.
"Assalamualaikum, ni klinik Gambut ye? Saya nak mintak maaf sebab terpaksa cancel appoinment.." belum habis ayat, nurse yang angkat call pun cakap,

"Adik, klinik pun tutup. Banjir sama"
Ok, terkedu kejap. Sama dengan hujung tahun lepas, klinik pun turut banjir. Saya reda dengan ketentuan ini.
Ok, terkedu kejap. Sama dengan hujung tahun lepas, klinik pun turut banjir. Saya reda dengan ketentuan ini.
Pada malam 03 Disember 2013, semasa di dapur, tiba-tiba semua lampu terpadam. Tahulah bahawa bekalan elektrik terputus. Pada malam itu, hujan teramat lebat. Tidak lama kemudian, liputan telefon dan internet terputus. Saya tidak mampu untuk menghubungi sesiapa. Serasa di suatu kepulauan yang sangat asing.
Kegelapan mengajar erti kesunyian bersama-Nya
|
Saya masih tabah dalam mengharungi kepayahan ini. Alhamdulillah, mungkin pengalaman mengajar erti kesabaran. Tidak lama, bekalan air terputus. Sungguh, saya rasa ingin menangis. Dugaan yang Allah berikan buat kami di sini sangat menguji kesabaran dan ketabahan. Sampai di saat saya menaip ini, bekalan air masih tidak lagi kami perolehi.
Saya dan keluarga di sini tidak dipindahkan ke mana-mana pusat pemindahan banjir, namun saya sangat kasihan dengan mangsa banjir di kawasan yang terjejas teruk seperti di Sungai Lembing dan daerah Kuantan-Kemaman.
Selama 03 hingga 06 Disember, selama empat hari, tanpa bekalan air, tanpa elektrik dan tanpa talian telefon & internet, saya mempelajari kehidupan di situ. I was wondering, how my mom and dad can be survived when they were young without all these things.
Mempelajari kehidupan saat bercuti, bukan suatu pengalaman yang mudah diperolehi. Saya pelajari erti syukur, sabar dan rindu. Syukur akan nikmat, sabar atas musibah serta rindu akan sahabat.Saat bekalan elektrik dan internet serta talian telefon pulih semula, betapa syukur saat itu tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Hanya sujud syukur pada-Nya menjadi manifestasi untuk semua ini.
Saya sempat menghubungi beberapa sahabat saya untuk menyatakan keberadaan saya di Kuantan ini melalui telefon rumah (TM), luahan rindu terpancar melalui suara gamaknya. Bersyukur kerana Allah masih memberi peluang dan ruang untuk saya serta keluarga dan sahabat lain untuk bernafas ketika ini.
Doakan kami, warga Pantai Timur terutamanya yang mengalami musibah banjir ini. Moga segala pertolongan serta bantuan yang dihulurkan mendapat balasan setimpal daripada Allah Subhanahu wa Taala. #PrayforPantaiTimur #PrayforPahang #PrayforKuantan
Rumah yang hampir dimasuki air |
~Wallahualam~
ss says: Alhamdulillah ala kulli hal, banjir mengajar erti sabar, syukur & rindu. Ehem!
0 comments