Mengajar Daripada Hati-Diari PBS

Assalamualaikum, Salam Sejahtera semua ;p

Berhabuk blog ni..da lama sangat ditinggalkan Cik Ily
Alhamdulillah, Allah memberi peluang pada Cik Ily untuk mengadakan program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan (LKTP) Bukit Goh bersebelahan dengan Kampung Bukit Kuantan.

Seronok!
Itu kata-kata yang dapat Cik Ily gambarkan.
#Hari Pertama
Cik Ily serta dua orang sahabat melapor diri pada Guru Besar sekolah ini iaitu Encik Ahmad Sharifuddin. Di perhimpunan pagi, kami bertiga diperkenalkan oleh guru bertugas di hadapan 500+/- pelajar di sini. Rasa sangat dihargai. Hari pertama juga ada Perasmian Program Anti Dadah dan Tak Nak Merokok. Guru Besar lepaskan burung merpati bagi gimik perasmian program tu. Semasa tengah perhimpunan, nampak fail berjalan.."Ok, relief class", takpelah..ada pengalaman mengajar dan kawal murid.


Cik Ily dapat relief untuk kelas 2 UPM pukul 11.40-12.40 tengah hari. Fuh..penat, tapi sangat best..Sepatutnya kena ajar Matematik da bercampur dengan Arab dan Pendidikan Islam. Well, inspired by my senior, Cik Ily ajarkan mereka Selawat Tobibiyah. Walaupun bukan semua ikut, tapi mereka sangat suka. Selawat juga sebenarnya dapat melembutkan hati mereka..tak gitu..

#Hari Kedua
No relief for today..Rasa gerutu sangat tak tau nak buat apa.. Jadi Cik Ily berjalan sekitar sekolah, pergi lepak dengan Pendidikan Khas, pastu baru dengan Prasekolah..Allah, betapa seronokny dengar mereka panggil Cik Ily, "Cikgu..Teacher..Ustazah", rasa blessed sangat..Apa yang menarik di sekolah ini, Cik Ily bertemu dengan seorang murid Pendidikan Khas yang bernama Danial dan Masyitah. Kedua-duanya umur 14 tahun. Danial bersama ADHD manakala Masyitah dengan masalah iaitu slow learner. Menariknya, Danial seorang yang punya daya ingatan yang kuat.

"Cikgu, cikgu yang dari IPG Melaka kan?",Danial bertanya,
"Ya, wah..kamu ingat ya..sebab kalau di perhimpunan, bukan semua yang dengar betul-betul cikgu asal dari mana", jawab Cik Ily.

Di situ, bermulalah soalan dia yang pelbagai..
"Cikgu, Youtube apa, Twitter apa, Facebook apa, Penjara Juvana apa..dalam penjara juvana ada siapa, dari umur berapa, cikgu boleh mengundi kan.."

Dalam hati saya kagum dengan dia, kata-kata dia yang paling terkesan 
"Kenapa cikgu pukul kita sebab nak bagi kita pandai, marah cikgu sebab sayang kita, garang cikgu sebab sayang kita."

Danial, 14 tahun

Masyitah dan Cik Ily

Anak-anak syurga :')

Pelajar Prasekolah

"Betapa Allah meletakkan mereka sebagai amanah yang sangat berharga bukan sahaja pada ibu bapa namun pada guru jua. Mereka harapan kita di dunia dan akhirat."

 ~Tschus~

ss says:ni yang tak sabar nak mengajar :)

You Might Also Like

2 comments