Ilmu Faraidh

"Banyak sebenarnya ilmu yang dipelajari tetapi adakah diamalkan?"

Kata-kata ini memang bagi suatu kesentapan buat diri Cik Ily.
Hari ini diberi peluang oleh Allah untuk mempelajari Tafsir Surah An-Nisa' Ayat 11-12..

Mengenai harta pusaka.
Apabila ditujukan soalan mengenai ilmu faraidh, rasa bagai..'"Ya Allah, kerdilnya ilmu yang kita ada".

Terfikir...
Kita tak pernah didedahkan ilmu faraidh secara mendalam kan?
Apabila diberi ruang, terdiam dan kelu untuk berkata.

Hal ini berkaitan dengan ilmu..
Ustazah sendiri cakap, "Di Melaka pun, pakar dalam ilmu Faraidh pun beberapa orang sahaja"

Jadi, Cik Ily kira..memang dah sesuai masanya untuk kita ubah paradigma cara pembelajaran kita. Umat Islam sendiri kurang cakna mengenai ilmu Faraidh<termasuk tuan empunya blog ni.

Cakna isu harta pusaka..Hal yang berkaitan dengan hidup dan mati seseorang individu, masa depan ahli keluarga dan memanfaatkan harta yang ada untuk diperuntukkan pada yang berhak.

Di sini juga dikongsikan isu yang berkaitan masalah harta pusaka. Sama-sama kita mengambil ibrah menerusi ayat Al-Quran Surah An-Nisa': 11-12
Abang robohkan kediaman adik
KEADAAN belakang rumah yang dirobohkan di Kampung Selinsing, Pasir Puteh, pagi kelmarin.
Perselisihan keluarga punca rumah di kawasan tapak tanah pusaka diruntuh

PASIR PUTEH: Konflik keluarga menyebabkan seorang lelaki mengambil tindakan merobohkan sebahagian rumah adik perempuannya menggunakan jengkaut bagi mengosongkan kawasan terbabit kerana dibina dalam lot tanah miliknya di Kampung Selinsing, dekat sini, pagi kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, menyebabkan suri rumah berusia 40-an bersama lima daripada enam anaknya yang sedang tidur, hanya mampu menangis ketakutan melihat bahagian belakang rumah yang didiami keluarga mereka sejak 20 tahun itu dirobohkan secara tiba-tiba.


Ketika kejadian, suami mangsa yang bertugas di Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) mempunyai urusan kerja di Sabah, manakala seorang anak lagi tiada di rumah.

Usaha lelaki terbabit tinggal berjiran dengan adiknya itu, meroboh bahagian rumah berkenaan dibantu kira-kira 20 rakan yang mengawal keadaan, menyebabkan penduduk kampung yang bersimpati dengan keluarga mangsa, hanya mampu memerhati dari jauh.

Mangsa yang enggan namanya dikenali berkata, kejadian berlaku ketika beliau menyediakan sarapan, manakala lima anaknya berusia antara empat hingga 15 tahun sedang tidur.

“Secara tiba-tiba, pemandu jengkaut sambil diawasi beberapa lelaki bertindak merobohkan sebahagian rumah saya yang terletak atas lot milik abang sehingga saya takut keadaan keselamatan diri dan anak.
“Saya bergegas mengejutkan semua anak keluar menyelamatkan diri kerana bimbang rumah roboh akibat tindakan itu dan kami hanya mampu menangis ketakutan,” katanya ketika ditemui media, semalam.

Kejadian itu menyebabkan keluarga berkenaan kini terpaksa tinggal menumpang di rumah ibu saudara mereka di kampung terbabit.

Suri rumah itu berkata, beliau dan suaminya sudah menjangka rumah mereka akan dirobohkan kerana kedudukan sebahagian binaannya terletak atas lot milik abangnya tetapi tidak menyangka tindakan itu dilakukan kelmarin.

“Saya terkejut kerana tindakan abang dilakukan ketika suami tiada di rumah, malah kami sedih dengan dugaan yang terpaksa ditempuh menjelang Ramadan,” katanya.

Suri rumah itu berkata, walaupun sebahagian rumahnya dibina atas kawasan lot tanah milik abangnya, tetapi perjanjian lisan sebelum ini tidak menimbulkan masalah.

Katanya, kawasan tapak rumah itu asalnya tanah pusaka milik arwah ibu bapa mereka dan rumah didiaminya dibina ketika bapanya masih hidup.

Beliau berkata, disebabkan perselisihan keluarga, abangnya bertindak membawa isu lot tapak rumah itu ke mahkamah dan keputusan berpihak kepada abangnya.

“Kami sudah memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu tetapi abang mendakwa mempunyai notis supaya tanah miliknya dikosongkan.

“Saya sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh. Sebenarnya, tanah ini terbahagi dua iaitu bahagian depan milik saya dan bahagian dapur pula milik abang seperti diputuskan mahkamah dan saya kini berserah kepada Allah,” katanya.



Sumber: Di sini
ss says:Nampak gaya kena banyak pelajari ilmu yang bukan sekadar pengkhususan kita sahaja.

You Might Also Like

0 comments