Assalamualaikum, Salam Sejahtera semua ;p
Alhamdulillah, masih diberi ruang oleh Allah SWT dalam menghirup udara-Nya, masih diberi peluang untuk beribadah pada-Nya.Tak lupa selawat dan salam buat junjungan Rasulullah S.A.W. Semoga kita mendapat syafaat baginda pada hari Akhirat kelak.
Alhamdulillah, masih diberi ruang oleh Allah SWT dalam menghirup udara-Nya, masih diberi peluang untuk beribadah pada-Nya.Tak lupa selawat dan salam buat junjungan Rasulullah S.A.W. Semoga kita mendapat syafaat baginda pada hari Akhirat kelak.
Sudah lama tidak menconteng di blog ini, almaklumlah komitmen lain perlu diutamakan. Cik Ily pula ingin mengambil kesempatan kepada semua pembaca blog ni (andai kalau ada yang baca), kullu am wa antum bikhoir..Semoga ibadah pada Ramadan yang lalu diterima Allah S.W.T
Kali ini Cik Ily ingin berkongsi suka duka semasa cuti Hari Raya Aidilfitri.
1. Beraya di Johor
Of course di Tokyo kampung, sukanya sebab kali ini semua family berkumpul..Syukur dapat berjumpa..dulu sepupu sepapat yang kecil dah jadi teruna dan dara..Dah besar semua..Ada yang mengacau Cik Ily.."Kak Yung bila nak kahwin?"..errr...tolak tepi soalan itu..akan diberitahu kelak.
2. Tiga hari bersama ibu bapa dan adik tercinta
Ok, ini sedih..memandangkan Cik Ily perlu buat PBS/SBE (Pengalaman Berasaskan Sekolah/School-Based Experience) di sekolah mak cik, terpaksa Cik Ily ditinggalkan oleh mama dan abah. Jadi, sedih juga la bila mereka bertolak untuk ke Pahang.
3. Keluarga Riyadh
Rupanya Cik Ily ada saudara dari Arab Saudi..seriously! seronok sangat..dalam ramai2, Cik Ily agak bertuah kerana dapat berbual dalam 2 bahasa..English & Arabic..Ok, Arab pun cakap sikit2 je..Oleh itu, sepupu sepapat semua create Twitter account sebab nak communicate dengan keluarga ni (mereka ni aktif Twitter than Facebook..macam Cik Ily)
Bertudung biru itu Nenek Amirah dari Saudi Arabia dan sebelahnya suami
Bertudung biru itu Nenek Amirah dari Saudi Arabia dan sebelahnya suami
4. Ummi (Mak Cik) dimasukkan ke wad
Hari ini (25.08.2012), ummi dimasukkan ke Hospital Pontian. Oleh itu, Cik Ily tak dapat buat PBS di Sekolah Nusantara..sekolah ummi..ummi juga merupakan GPK 1 di sekolah itu. Jadi, Cik Ily terpaksa tukar ke sekolah lain untuk PBS..Cik Ily akan berPBS di Sekolah Kebangsaan Pekan Nanas, Cik Ily akan mengajar sepupu kecil dan arahkan mereka untuk panggil Cikgu/Ustazah Ilyani, bukan Kak Yung :)
Itu sahajalah buat setakat ini..Ala kulli hal, minta ampun dan maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki jika ada salah silap yang Cik Ily telah lakukan
Mohon dimudahkan urusan untuk PBS kali ini..Wallahua'alam
~Tschus~
ss says:cepat je masa berlalu
0 comments