Nikmat Ramadhan

Assalamualaikum, Salam Sejahtera semua

Alhamdulillah, thumma alhamdulillah. Segala pujian dirafa'kan kepada Allah Subhanahu Wa Taala yang memberi nikmat kepada hamba-Nya yang kerdil ini.

Setelah 14 Ramadhan dilalui, banyak sebenarnya ibrah yang dapat dikutip. Kadang-kadang terfikir, macam mana kalau nikmat kita ditarik, contohnya ketiadaan makanan untuk berbuka puasa, berbuka pun di tempat seperti bawah jambatan dan lagi menghibakan terpaksa mengemis pada orang dalam meminta sedikit simpati diberikan makanan untuk berbuka.

Bagaimanakah pula saudara kita di luar sana? Di Syria, Palestin, Rohingya, Ethiopia? Pernahkah kita terfikir mengenai nasib mereka. Sedih sebenarnya melihat rata-rata kita di sini dihidangkan dengan juadah yang sedap-sedap tetapi membazir. 


Roh puasa sudah sedikit sebanyak melambai pergi daripada diri kita. Risau kalau kita berpuasa semata-mata kerana lapar dan dahaga. 

Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu ‘anhuma, Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata: “Amin, amin, amin”. Para sahabat bertanya: “Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?” Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda: “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata: ‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata: ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi: ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke Syurga dan katakanlah amin!’, maka kukatakan: ‘Amin’. Kemudian Jibril berkata lagi: ‘Celaka seseorang yang jika disebut namamu namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’, maka kukatakan: ‘Amin’.” (Riwayat Al-Bukhari)


Semoga kita dalam rahmat-Nya dan tidak tergolong dalam orang yang dicela Allah. 
Wallahualam



 ;p ~Tschus~

ss says:Salam Ramadhan dari perantauan bumi Hang Tuah

You Might Also Like

0 comments