Assalamualaikum, Salam Sejahtera semua ;p
Jujur sejak bergelumang dengan urusan praktikum, blog ni sangat diabaikan. Rasa dah tebal kot habuk dalam blog ni. Siap labah-labah buat sarang kan? *ada nampak tak?*
Alhamdulillah, sejak dua menjak ni ramai sahabat yang telah membina suatu layar kehidupan yang baru, membina sebuah fasa yang dinamakan Baitul Muslim.
"Chotto matte, Imi ga ni yoru monodesu 'Baitul Muslim'?"
Baitul Muslim and lets simplified it as a 'BM' means pembinaan rumah tangga Muslim. Senang faham, perkahwinan. Perkahwinan yang terbina atas dasar syara' dan tidak tercemar dengan lagha.
Serasa macam pernah berkongsi mengenai BM sebelum ni but let me mentioning it back.
Tanda seseorang bercinta:
1.Selalu akan mengingati
2.Selalu akan sebut
3.Membela pasangan terutama agama
Bolehkah cinta sebelum kahwin?
1.Islam tak menegah jika ada matlamat yang suci: ke jinjang pelamin. Menjaga peradaban mengikut syarak Islam. Tapi jangan bercinta memanjang. Matlamatnya ingin jadikan suami/isteri.
2.Jaga iman. Jaga maruah. Jaga kehormatan. Jaga harga diri.
3.Ada restu daripada kedua ibu bapa.
For more, just click here
Jannah iaitu syurga. Mesti ramai yang sangat mengidami ke sana. Namun, Cik Ily amat sedih sebab sekarang ramai yang sekadar "love till Jannah" but buat perkara maksiat. How? Pegang tangan bak suami isteri but you are still not married. So, this is the way you gain Jannah?
Cik Ily bukanlah orang yang rasa layak nak berbicara mengenai urusan cinta mahupun BM kerana Cik Ily pun masih bertatih dalam mendalami ilmu rumah tangga ini. Memang tidak dapat dinafikan, cinta itu sangat diperlukan setiap insan. Alangkah melihat makhluk lain kita sudah jatuh cinta, kerana apa? Kerana semua itu ciptaan Allah. Apatah lagi cinta akan manusia.
Ingatlah janji Allah, dalam Surah An-Nur ayat 26, “Dan perempuan-perempuan yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik adalah untuk perempuan-perempuan yang baik.”
Pernah suatu ketika diasak dengan soalan macam ni, "Kak Yung dah ada boyfriend ke?" "Kak Yung bila nak kahwin?"
Macam mana nak cakap, diri sendiri pun masih belum berjumpa dengan sesiapa. Siapa tak ingin mencintai dan dicintai bukan? Tapi Cik Ily memang serah pada Allah kerana pemegang hati orang yang kita cintai ialah daripada-Nya. Let him comes at the right time, right place and the most important, with the right way.
Pilihan ada pada tangan kita, memilih untuk bercinta ke Jannah atau menjerumuskan orang yang dicintai ke neraka. Apapun didoakan moga sahabat yang sudah ada intention untuk berbaitul muslim, jagalah sebaiknya hubungan itu.
~Tschus~
ss says: Selamat berbaitul muslim buat sahabat semuanya. Especially Kak Aisyah & Zaim. Barakallahu lakuma.
0 comments