Bersederhanalah



Aku membuka lembaran pesanan ringkas di laman sosial paling diminati ramai. Hah, mungkin masih lagi diminati ramai tetapi kedudukannya tidaklah sehebat dan segah seawal tahun 2010 dahulu. Nyata aku rupanya insan yang suka menyimpan pesanan ringkas lama. Tidak dipadam. Ada senyuman terbit di wajahku.

*****
"Weyh, gila lah. Ada konsert kat uni ni. Aku nak pergi lah! Boleh aku jumpa sahabat seminat dengan aku," aku bermonolog sambil melihat poster konsert nasyid yang terpapar pada skrin komputer ribaku bersaiz 11.6".

     Oh, minatku membuak-buak terhadap muzik berentak Islamik gitu. Entah kenapa, aku punya ingatan yang sangat utuh bila masuk lirik-lirik nasyid. Sampaikan rentak muziknya juga boleh berulang kali bermain di fikiran. Kalah hafalan terhadap ayat Al-Quran. Okay, that's deep.

     Nyata minatku disambut baik oleh semua. Eh, yeke? Ligat otak aku berfikir.

     "Semua suka ke apa yang aku minat ni? Hah, lantaklah. Peduli apa aku. Dari dok dengar lagu lagha bagai tu semua, baik aku minat yang ni kan,"

     Pernah aku kongsikan minatku pada naqibah. Almaklumlah, aku kan anak perempuan tunggal. Mana ada kakak. Kira luahan hati lah ni. Cewah. Kak naqibahku okay je. Buat lek buat peace apa yang aku minat. 

     Sampai pernah aku buat kerja gila kan, nak sangat jumpa artis nasyid kekononnya. Aku sanggup naik bas ke KL waktu malam walaupun sebenarnya sangat bahaya bagi seorang gadis seperti aku untuk ke sana. 

     "Alah, dah nama minat. Macam ni pun aku tak kisah la,"

     Pernah juga aku buat kerja gila mengharungi lautan manusia semata-mata aku nak jumpa artis nasyid. Pernah terperangkap dalam sekatan sewaktu himpunan di bandar kosmopolitan. Hah, abaikan. Itu kisah lapuk kukira.

     Kawan aku sampai risau aku ni boleh kira tahap taksub gabanlah minat muzik ni. Nak dijadikan cerita, pernah satu ketika aku mengemaskini blog comel aku ini dengan entri berkaitan nasyid dan artis yang aku jumpa dan minat gila. Tak sangka, entri itu menaikkan kemarahan sesetengah rakanku yang punya minat sama dalam muzik nasyid ini. Bak kata Mat Luthfi, Bobrothers kan? 

     Apa yang aku taip pada entri itu ya? Sudah aku lupa. Tapi agak rasa stres bila ada yang sanggup fikir benda lain padahal kita kongsi minat dan suka hati la blog aku kan. Gituhh!

     Namun, suatu hari aku menerima pesanan ringkas di laman sosial itu oleh seorang guru yang aku kagumi di sekolah dahulu. Ya, aku kaget. 

     "Dah kenapa ustazah mesej aku ni? Serius semacam je." aku merenung pada paparan komputer ribaku. Lama. Boleh tembus pergi negara lain kot.

     "Buat pelajar yang ustazah kasihi kerana Allah, ustazah tahu minat kamu sangat diperlukan ketika saat hedonisme meliar dalam kalangan baya usia kamu. Cuma ustazah berharap, apa yang ustazah luahkan ini, mohon diterima secara terbuka."

     Peluhku mula merembes. Seperti aku selepas memasuki acara 400 meter. Mukaku memerah. Mungkin suhu pada saat itu boleh mencecah 40 darjah celcius.

     "Ya ustazah, saya di sini. Apa ya yang ustazah ingin tegur?" aku menaip laju. Takut dikatanya aku malas nak layan teguran dia. Nampak pula aku tidak hormat akan guru.

     "Saya tahu kamu amat minat pada muzik nasyid, cuma ustazah berharap kamu tidaklah terlalu fanatik dan takjub. Sememangnya niat kamu baik, cuma nampak gayanya kamu perlu bersederhana dalam semua perkara." ustazah membalas.

     Lama juga ustazah syarah pada aku. Aku ini sebenarnya sangat sangat payah nak terima teguran. Aku nak kata hati tisu pun boleh, tapi aku sangat sukar nak terima teguran. Bukan apa, persekitaran aku yang sangat tidak membantu aku menerima teguran dan mungkin aku boleh kata, aku fobia akan teguran dan kemarahan. Apa namanya? Angrophobia. Yes, Angrophobia!

     Pernah juga aku sangat tertekan saat senior aku marah pada aku sewaktu di asrama tatkala dahulu. Malu sangat sebab satu bilik tahu, padahal aku tak tahu punca apa yang dia marah sangat kat aku. Di saat aku menjejakkan kaki di menara gading, aku juga tak terlepas dimarahi senior. Aku akui pernah hampir setengah jam aku dileterinya di dalam telefon bimbit sebab aku tak acuh dengan taklifan di kampus, tapi fahamilah, aku ketika itu ada tugasan di luar kampus yang perlu diselesaikan. 

     Disebabkan itu, aku mampu untuk melepaskan kesakitan selepas dimarah dengan membaling segala apa yang di tanganku ketika itu. Zaman aku rebellious, aku pernah tumbuk dinding, hampir pecahkan cermin dan pernah sampai nak cederakan diri. Eh, panjang pula cerita tentang diri ini.

     "Baiklah ustazah, saya terima dengan hati yang terbuka. Terima kasih atas teguran itu." aku menaip dan terus tidak berhasrat untuk online.

*****
     
Aku senyum melihat pesanan ringkas yang sudah lapuk itu. Hampir 3 tahun aku simpan. Lama kan? Aku tidak menyangka aku mampu kurangkan ketaksuban itu. Minat gila pada muzik itu dan ini. Tapi aku akui, aku tidak boleh hidup tanpa muzik. I prefer to study with listening to the music. If not, i'll get sleepy.

     Sebenarnya, di sebalik fobiaku kepada kemarahan, aku sebenarnya melepasi suatu tahap mengawal fobia itu apabila dimarahi dan lebih teruk ditampar oleh insan yang aku sayang. Mujur aku tidak dipukul teruk. Tidak mengapalah, biarkan aku dengan angrophobia. Kau tidak perlu susah hati.

Budak comel marah, tak kisah pun :p
Lagi makin comel.

ss says: Penangan lepas baca cerpen phobia. Nampaklah open-minded sikit.

You Might Also Like

0 comments