Coret2 2011 #2

Assalamualaikum, Salam Sejahtera semua ;p

Maaf sangat2 sebab3 minggu selepas masuk IPG sangat sibuk dengan tugasan.Entri ini sambungan pada Coret2 2011

6. 19 Jun 2011-Perjumpaan pertama dengan Family Nasyidfm
Dapat berjumpa dengan Kak Nur Kasih, Kak Nurul Iman, Kak Ina Sepang..DJ Fir(bos Nasyidfm) dan ramai lagi..(tak terkira..syukran jazilan..)

Malam tu dapat melantak durian dengan gembira sekali di rumah Kak Ina Sepang.
Dapat dinner kerang bakar malam tu =) Syukran jazilan

7. 20 Julai 2011-Bersih 2.0..Hihi..bukanlah..Hari Sukan SBP Integrasi Gombak menyaksikan Cik Ily bertemu dengan Ustaz Praktikum..=='

Maksud Cik Ily, mereka ialah artis Nasyid Indie yang berpraktikum di sekolah kesayangan Cik Ily, ya! Cik Ily dibesarkan menuntut ilmu di sekolah itu.
Ustaz Mazhair (Elty kump Elhamz) dan Ustaz Farhan Hafiz (Manager kump Feelhoney)

8. 20 Ogos 2011-Pertemuan pertama dengan rakan Facebook yang sangat sweet, Kak Intan Farhana Idris.
Lokasi: Tasik UTM Skudai Johor

9. 6-16 September 2011-Hari Kemerdekaan Malaysia, Cik Ily sebenarnya peserta yang menjayakan sambutan ini.
Malam Hari Raya Unit Pendidikan Islam 

Ni lah yang kami buat..Human Graphic

10. 17 September 2011-Sambutan Rumah Terbuka Nasyidfm, EZ Qurban dan Al-Baghdadi Method Sdn Bhd
Percaya atau tidak, Cik Ily buat kerja 'gila' setelah penat pulang dari Sambutan Hari Kemerdekaan..sanggup Cik Ily datang sorang ke KL semata-mata memenuhi hasrat sahabat yang memang sangat2 kurindui.
Dari Kiri: Cik Pija, Nurul, Cik Ily, Kak Nur Kasih, Kak Atika
Hadapan:Mirza

11. 24 September 2011-Konvoi Raya Komuniti Teman Inteam. Cik Ily tak pernah pergi aktiviti macam ni sebelum ni..Jadi, keterujaan tu sangatlah tak terkata..Dapatlah pergi buat amal jariah..
Konvoi Raya Komuniti Teman Inteam =)

Keesokan harinya..Cik Ily, Kak Intan, Pija dan Mirza spend time di Berjaya Times Square..
Main bowling

12. 08-09 Oktober 2011-Cik Ily dan rakan berpeluang pergi ke UM (FESKUM-Festival Konvokesyen UM) dan UIA (CONVEST-Convocation Festival)
Menunggu bas ke destinasi seterusnya

Malam terakhir untuk Festival Konvokesyen di UM '11

13. 15 Oktober 2011-Islamic Perfomance Night di UIA. Memang hari tu sangat kelam kabut..Kesian Pija menunggu rombongan saya =))

Muka happy walaupun penat

Gaya Comel..hihi

14. 20 Oktober 2011-Opsyen Cik Ily ada buat jamuan di RFC@Mydin MITC..Sangat Best!

Moga ukhwah ini terjalin selamanya

Terima kasih Cik Ain sebab sudi bagi hadiah kat Cik Ily

15 . 06 November 2011-Beraya di Rumah Kak Intan@Kg. Ramuan China.Dapat lepaskan lelah sebelum nak final exam
Dalam perjalanan nak beraya di rumah orang lain

3 wanita idaman..Sebelah kiri tu belum berpunya..hihi..tengah dan kanan dah ada..sekian

16.  08 November 2011-Di IPG pun ada sambutan untuk Hari Raya Aidiladha..Tapi taklah Cik Ily yang melapah daging lembu dan kerbau.. ^_^ Cuma, agihkan daging..

Jiran sebelah yang sekarang menjadi rumet saya, Syafiqah 


Beliau sangat gigih mengagihkan daging ini..
17. 16-17 November 2011-Cik Ily mengikuti Program Kem Remaja Hijrah Remaja Islam anjuran Synergy Training and Consultancy (STC) yang dikelolai oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Ustaz bersama para fasilitator..

Alhamdulillah..dapat tanda tangan Ustaz..
Kalau tiada aral melintang..Ustaz nak datang ke IPG tapi tak tahu la jadi ke tak kan..
Diharap 2012 membawa sinar yang gemilang buat insan kerdil ini dalam memikul amanah-Mu , Ya Allah.


Seinfiniti kesyukuran dan manifestasi penghargaan buat-Nya yang telah memberikanku nikmat Iman dan Islam serta membuka peluang untukku merasai pengalaman pahit dan manis untuk dicoretkan dalam naskhah hidupku.


Tak lupa buat semua yang menceriakan hidup ini. Kehadiran para sahabat membuatku diri ini tak berasa keseorangan dalam menempuhi onak ranjau dunia..


Hanya Allah yang dapat memberkati dan membalas semua jasa kalian..Wallahua'alam.


 ~Tschus~


ss says:Terima kasih..Ungkapan yang sangat berharga ^_^

You Might Also Like

0 comments