5 Hari Jaulah Kuantan 2013 (Entri Dijeruk)

Assalamualaikum, Salam Sejahtera semua ;p

Alhamdulillah, untuk pengakhiran cuti semester dan akhir tahun 2013, Cik Ily menerima tetamu istimewa (yang dikatakan ucu orang nak meminang Kak Yong)
*Padahal takde sesiapa yang meminang mahupun dipinang*

Tetamu istimewa yang dimaksudkan ialah Cik Suha Izzati, eh, Filzati Zulkepli.

Pada asalnya, sememangnya Filzati nak melawat ke Pahang, tapi pada awal bulan Disember hari tu, banjir teruk melanda Kuantan, jadi macam tinggal harapan je. Tapi melihat pada keadaan cuaca yang semakin hari semakin baik, maka Cik Ily pun memujuk lah si dia untuk datang ke Kuantan seperti yang dirancang.

23 Disember 2013-Hari Pertama (Isnin)
Pagi-pagi lagi saya sudah berkemas dan sibuk untuk menyediakan segala yang patut buat tetamu istimewa. Dalam pukul 11 pagi, saya sekeluarga kecuali adik pergi ke bandar Kuantan untuk menguruskan transaksi di Maybank & Bank Islam. Dalam masa itu, saya bermesej dengan si dia dan dia katakan masih di Karak kerana bas yang dinaiki rosak. Dalam hati risau sungguh sebab sepatutnya dalam pukul 12 lebih dah boleh sampai ke Terminal Sentral Kuantan (TSK). 

Habis urusan di Kuantan, dalam pukul 2 petang, Filzati menyatakan yang dia sudah sampai ke TSK. Apa lagi, memang mencari sungguh. Wah, rindu sangat! Hampir sebulan lebih tak jumpa. Sampai-sampai ke TSK, makan ais krim lak tu. Masing-masing kelaparan lah katakan. Saya katakan pada dia *jangan risau, saya dah masakkan nasi untuk awak*, ada bunyi macam isteri nak tunggu kepulangan suami tak? *aww,so sweet -.-*

Hari pertama ni, kami berdua tidak ke mana-mana. Saya tahu dia sangat kepenatan sebab sebelum datang ke sini, penat berprogram di KL.

24 Disember 2013-Hari Kedua (Selasa)
Dari kampung saya, Bukit Kuantan menuju ke Bandar Kuantan, kami berdua menaiki bas untuk berjaulah ke UIA Kuantan. Dalam 9.35 pagi, bas yang ditunggu sudah tiba. Sampai sahaja di Perhentian Bandar, sahabat Filzati di UIA Kuantan menyatakan bahawa mereka ada sewa kereta & paling best, Cik Filzati ni lah yang kena drive, sebab saya takde lesen. Hahaha. Sampai je di UIA Kuantan, dapat berkenalan dengan sahabat Filzati ni, Firus & Fareha. Nice to know them.

Hajimemashite. Triple F were here @ TC
Lepas menjamu selera di Mahallah Talhah di UIA Kuantan, terus dipandu menuju ke destinasi yang dihajati, Teluk Chempedak. Dapatlah feeling dalam novel Dealova Untuk Jannah #eh dah cepat promote la novel tu.
Dapat nikmati perasaan yang sukar diungkapkan dengan kata-kata, dipuput dengan hembusan bayu yang menyegarkan.

Feeling DUJ ekceli *blergghh*
Tidak lama melepaskan lelah di Pantai Teluk Chempedak, kami menikmati ais krim Tutti Fruitti. Memang sedap lah! Kemudian, kami ke East Coast Mall, suatu pusat membeli-belah terkemuka di Bandar Kuantan berhadapan dengan Hotel Zenith yang rata-rata semua dah tahu, kawasan ni memang terkena tempias banjir hari tu. Disebabkan basement parking di ECM dah penuh, maka dengan keyakinan dan kudrat, Cik Filzati dengan penuh keberanian memandu kereta ke bahagian atas ECM. Fiuuhh, Allah saja yang tahu betapa gayatnya nak parking atas bangunan ni. Lega, semuanya selamat. Di sini, kami tak berjalan mana sangat. Sebab nak hantar kereta sewa kembali ke UIA Kuantan. Gracias muchos to Fareha & Firus yang sudi menemani kami berjalan-jalan di sini. Meninggalkan UIA Kuantan dalam hujan gerimis memang nostalgia buat diri ni. 

25 Disember 2013-Hari Ketiga (Rabu)
Hari paling best sebab rancangan kami berjaya untuk ke Bukit Gambang Waterpark Resort (BGWP). Kami bertolak dari rumah di Gambang dalam pukul 10.30 pagi. Tak lama lepas tu, bas RapidKuantan sampai dan lalu ke UMP dan Matrikulasi Gambang. First time naik bas ni walaupun nama je orang Gambang. Di sepanjang laluan nak ke sana, saya bercerita bahawa laluan nak ke BGWP adalah laluan lama ke Kuala Lumpur sebelum ada lebuh raya Pantai Timur tu. 

Sampai di sana, berjumpa dengan kakak comel kecil molek, namanya Kak Rehan, senior Filzati di SMS Syed Putra, Perlis. Kira mini reunion buat Filzati sebab semua kawan sekolah dia nak sangat jumpa tertunai gak di Pahang ni. Saya suka sangat shawl Kak Rehan, hihi :p
Jumpa dalam lebih kurang stengah jam, bergambar bagai, dapatlah berjimpa dalam waterpark ni walaupun kakak kaunter tiket tu bekeng sangatlah. Supposed to be kami dapat harga student RM22, last dapat beli harga dewasa, RM25.90. Apapun, kami memang had fun kat sana. Malamnya, kami berjimba di pasar malam.
Le memory @ BGWP

Kak Rehan, the pinky one. I adore with her shawl!

26 Disember 2013-Hari Keempat (Khamis)
Saya hanya menemani Filzati yang bertungkus-lumus menelaah mata pelajaran untuk peperiksaan yang bakal ditempuhi Sabtu ini (28 Disember 2013).

27 Disember 2013-Hari Kelima (Jumaat)
Saya dengan berat hati menghantarnya pulang ke kampus tercinta (tapi sampai TSK je la). Walau apapun, perjuangan tetap diteruskan. Biar jauh di mata tapi tetap di jiwa. Thanks for the precious moment that we had together. Seeru ala barakatillah.

Gracias dear for coming here :')
 ~Tschus~

You Might Also Like

0 comments