Assalamualaikum, Salam Sejahtera semua ;p
Dah lama sebenarnya tak menukilkan sesuatu dalam blog ni. Dulu blog ni selalu la ada cerita. Sekarang ni, banyak habuk ada la.
hihi *krikkrik*
Inilah dinamakan kesunyian dalam kegembiraan buat Cik Ily. Sem ni dirasakan sangat berat dan sibuk dengan pelbagai tugasan yang akhirnya Cik Ily tidak berpeluang nak mengemaskini blog.
Back to the topic. Pernahkah anda diuji dengan ujian persahabatan? Ditegur? Feeling humiliated? Kalau pernah, tahniah! Anda manusia yang normal! *clapclap* -,-"
Sebenarnya anda manusia yang dicintai Allah. Jujur Cik Ily pun pernah rasa dimarahi, dimalukan dan semua tu. Tapi sebenarnya di sebalik semua ujian tu, Allah nak bagi Cik Ily sebuah hadiah.
Sebenarnya anda manusia yang dicintai Allah. Jujur Cik Ily pun pernah rasa dimarahi, dimalukan dan semua tu. Tapi sebenarnya di sebalik semua ujian tu, Allah nak bagi Cik Ily sebuah hadiah.
Hadiah persahabatan dan hadiah meraikan diri. Kehidupan di kampus sememangnya sangat padat dan memenatkan. Di situ, kita sangat diuji dengan karenah manusia yang pelbagai. Cik Ily sangat memerlukan seseorang yang dapat berkongsi masalah yang Cik Ily hadapi.
Hadiah meraikan diri yang dimaksudkan ialah Cik Ily dapat berjaulah ke KL untuk bertemu dengan kekasih hati ^_^ Oppss, perempuan okay!
Sepanjang persahabatan jarak jauh kami selama dua tahun, Allah banyak memberi peluang untuk kami bertemu tahun ni. Akhir tahun ini dia akan bertandang ke rumah Cik Ily di Pahang.
Lega dapat berjumpa dengan sahabat yang sangat memahami diri. Seminggu lepas tu, dia pula berkunjung ke Melaka untuk melawat Cik Ily. Sampai ada seorang senior Cik Ily yang pernah bertembung dengan Cik Ily dan dia sebelum ni di KL kemudian bertembung di Melaka.
"Wah, sweetnya korang!"
Cik Ily mampu tersenyum ketika itu. Pernah terkadang berfikir, ada tak dalam dunia ni orang sanggup buat apa sahaja untuk sahabat dia? Macam kami buat kerja gila, pergi KL sehari je pun untuk hangout dengan sahabat. Begitu juga dengan si dia, pukul 10 pagi sampai di Melaka, pukul 6.30 petang balik semula ke KL.

Tapi rasanya mesti ada kan sahabat macam tu kat dunia ni kan?
Namun, Cik Ily sangat beruntung sebab dapat merasai nikmat bersahabat walaupun Cik Ily bukan jenis seorang yang mudah mesra dengan semua orang. Walau apapun, sunyi itu memang akan dirasai namun gembira juga perlu dirasai.
For dearest Puan Cik Filzati, thanks for everything. Selamat Hari Raya Aidiladha!
Hari ni dia text saya kata nak pergi MITC, walhal dia dah kat Perlis |
Apapun, hargai sahabat anda. Biar terluka berdarah sekalipun, cuba berlapang dada. *ingatan untuk diri sendiri*
~Tschus~
ss says:Johor, here I come!