Alhamdulillah, diberi kesempatan oleh-Nya untuk Cik Ily mencoret kisah yang berlaku pada hari semalam.
(Tajuk macam scary je kan..)
Alkisah, seusai Cik Ily bersama junior menunaikan solat Asar di surau perempuan, Jaya Jusco Aeon Melaka Tengah, junior Cik Ily tegur,
"Kak Ily, akak ada ambil dompet dan handset kita ke?"
"Eh, takdela..kan kita solat sama-sama"
"Eh, takdela..kan kita solat sama-sama"
Betapa gusarnya, Allah sahaja yang tahu..terus kami berdua bertanya seorang demi seorang di dalam surau itu, mana tahu mereka perasan, namun jawapan yang diberi menghampakan kami..
"Kak Ily, apa yang patut kita buat?"
"Ok, kita pergi jumpa security"
Pergi ke kaunter perkhidmatan, kami melaporkan kes kecurian. Malangnya, perkara tersebut ditambah lagi dengan tekanan daripada security, bagus nasihat tapi janganlah sampai menekan..kesian junior saya yang mahu diharapkan simpati, namun dibalas dengan tujahan bertubi-tubi.
Dalam masa itu juga, Cik Ily cuba menelefon berkali-kali nombor telefon junior. Namun, tiada balasan. Terus Cik Ily hubungi Pak Cik Tapa untuk bawa kami ke balai polis. Mulanya, pergi ke balai polis di MC. Malangnya, balai polis di situ tutup. Jadi, nak tak nak kami beralih ke balai polis Bukit Baru untuk melaporkan kes kecurian ni. Sewaktu menunggu Pak Cik Tapa, Cik Ily menelefon semula handset junior dan membuat voicemail akibat kegeraman..
"Assalamualaikum, sesiapa yang mencuri handset ni, teruskanlah usaha anda..kita jumpa di akhirat!"
Sentap ayat kan..Tapi memang geram, sebab duit yang dicuri itu ialah duit anak yatim dan tahukah betapa besarnya azab memakan harta anak yatim!

Apabila sampai di balai polis Bukit Baru..
"Ok, ini sejarah dalam hidup Cik Ily yang tak pernah sekali-kali pergi ke balai polis, kalau pergi kem polis selalu gak la.."

First time in my life! |
Sedang menunggu giliran untuk membuat laporan polis, kami mendengar laporan polis sepasang suami isteri sebelum tiba giliran kami..dialog lebih kurang begini..
"Kami risau tuan, kanak-kanak tu umur antara 4-8 tahun, tiga orang adik-beradik. Risaunya sebab dia panjat pokok dan boleh baling api atas bumbung rumah. Saya risau terjadi kebakaran atau litar pintas sebab rumah dekat-dekat."

Apabila tuan polis bertanya semula ibu bapa mereka tidak menjaga ke, suami isteri itu menjawab,
"Kami dah tegur ibu bapa, tapi dimarahnya semula kat kami. Masalahnya anak-anak mereka buat kerja ni waktu ibu bapa mereka bekerja, anak-anak pula ditinggalkan dalam rumah macam tu je"

Dalam fikiran Cik Ily, rasanya kanak-kanak itu tidak diberi perhatian daripada ibu bapa..Ya Allah, didikan macam manakah yang mereka hadapkan. Gusar Cik Ily sebab apabila bermualanya masalah di rumah, itu akan melarat ke sekolah. Anak-anak itu juga bagi Cik Ily belum berakal, maka tanggungjawab memang dihadapkan pada ibu bapa sendiri.
Apabila ibu bapa tidak memainkan peranan, maka sudah berlaku campur tangan pihak luar eg polis -.- (seriously, no privacy)
Dalam hati, Cik Ily memohon agar diberikan kelembutan hati kepada kedua ibu bapa kanak-kanak itu untuk mendengar nasihat orang sekelilingnya untuk memberi perhatian kepada anak-anaknya.
Selesai giliran mereka, kami membuat laporan pada polis berkenaan kehilangan dompet yang berisi kad pengenalan dan kad bank junior saya serta handsetnya.
Alhamdulillah..siap polis tanya belajar di mana, kami pun jawablah.."IPG Perempuan Melayu"
"oh, anak Pak Cik kat IPG Melewar, Seremban tu.."
"oh.." hanya itulah dapat direaksikan.
Selesai urusan di balai polis, kami terus ke UTC (Urban Trade Centre) untuk membuat kad pengenalan baru. Makin berjaga-jaga kami sewaktu solat. Tak nak dah lalai..Masing-masing sudah maklum. Sebelum buat urusan di bahagian JPN, kami menuju ke Perpustakaan Melaka untuk fotostat laporan polis, pak cik di situ sempat beri nasihat pada kami..terima kasih pak cik :')
Terus ke JPN, maka junior saya terpaksa buat kad pengenalan baharu dan perlu bayar RM60. Mulanya saya terdengar pegawai di situ bercakap perlu bayar RM100.
"Hu..tak cukup RM100, kalau nak..kena pergi ATM sekarang.."
Mujur..disebabkan atas kapasiti pelajar, maka dikurangkan menjadi RM60. (Tapi still rasa terbeban untuk golongan macam kami) T_T

Kami perlu ambil kad pengenalan baru ni pukul 10 pagi nanti. Selesai urusan, kami pergi makan di cafe..
"Eh..kenapa ye pencuri tu tak ambil KFC kita ye?"
Pelik juga..tapi biarlah..memang takdir; kami terima dengan redha..

Sewaktu menunggu Pak Cik Tapa ambil kami pulang ke IPG, kami berdua menunggu di kaunter perkhidmatan UTC. Macam-macam gelagat kami lihat. Berlaku antara pegawai kaunter perkhidmatan dan ahli keluarga..
"Cik, kenal tak dengan orang ni? (sambil menunjukkan kad pengenalan)"
"Eh, macam saya kenal..(mencari lesen memandu yang muka sama dalam kad pengenalan dalam sebuah kotak kecil"
"Yang ni kan, puan?"
"Ha..betul2..macam mana awak cam muka sama ye?"
"Sebab lesen ni dah dua minggu di sini.."
"Lamanya..terima kasih ye cik, sebenarnya itu adik saya, dia memang ada masalah lupa-lupa."

Allah..kasih sayang antara keluarga..sampai macam tu sekali..
Sempat juga berbual dengan pegawai di situ, namanya Nurul Jannah. Baru sebulan berkhidmat di UTC.
Pesannya pada kami,
"Akak tahu, kalau jadi pelajar ni, nafsu tinggi..so berbelanjalah dengan elok. Akak tak sambung belajar sebab lepas ayah akak meninggal dunia, akak jadi lost."
Cik Ily pandang wajah junior. Dia juga baru sangat kehilangan ayah tercinta. Namun kagum kerana dia tidak mudah patah semangat. Cik Ily tunjukkan tangan simbol keazaman pada junior. Alhamdulillah, dia mengerti..

Terharu juga Cik Ily, sebab bateri handset mati..jadi di UTC tiada telefon awam, maka ada seorang kakak yang baik hati + cantik ni bagi pinjam handsetnya pada kami (ok,iPhone..gigil nak guna)
Walau apapun, Cik Ily rasa bersyukur..mengingatkan diri bahawa setiap musibah bukan dikesali namun untuk dimuhasabah..
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta. "Surah Al-Ankabut: ayat 2-3.

Mohon semua agar mendoakan yang terbaik dan yang paling penting mengambil ibrah menerusi peristiwa yang Cik Ily dan junior lalui. La yukallifullahu nafsan illa wus'aha..
ss says:Alhamdulillah..outing pertama dengan dia di balai polis. Terima kasih Cik Zati sebab tolong Cik Ily dalam masa genting :')