Love letter buat Angah..

Assalamualaikum, Salam Sejahtera semua ;p 
Barakallahu lakuma..*Mode kahwin dah datang..bhahaha*
Tahniah buat angah saya..it refers to my uncle Sand Man. Dulu kata nak membujang..rupanya kahwin juga..At last..Alhamdulillah..

Pesanan buat angah..walaupun Kak Yung (nama panggilan di rumah untuk Cik Ily) tak pergi kenduri kahwin hari tu..yang penting, angah dah bertukar status dan sekarang angah dah jadi imam untuk keluarga..

Jaga isteri dan bakal anak baik2..InsyaAllah..Jaga solat, sayangi Mak Ngah saya dengan betul2..Bercinta sampai ke syurga..syurga cinta (bak kata Imam Muda Asyraf), kurangkan main game tu..angah bukan dah bujang..sekarang dah berdua..hihi

Nanti bawaklah Mak Ngah datang jumpa Kak Yung ye..Semoga Allah berkati Angah dan isteri... 

Ekceli..mereka berdua tak pernah bercinta tau!!Ni cinta lepas kahwin..hihi

Alala..cover2 hensem angah ni
Doa kak yung untuk angah..Moga baitul muslim yang angah bina kekal hingga ke syurga dan ingat pesanan Allah kepada kita

يأيها الذين ءامنوا قوا أنفسكم وأهليكم نارًا وقودها الناس والحجارة
"Wahai orang-orang beriman! Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu"
(Al-Tahrim: 6)

Tahniah buat angah yang telah menyempurnakan agama dan takziah juga kerana memikul amanah yang besar sebagai suami..Moga Allah meredai angah dan keluarga..Wallahua'alam..

~Tschus~

ss says:saya??hihi..tunggu lepas grad kot.InsyaAllah..

You Might Also Like

4 comments