LDR to the end.

Assalamualaikum, Salam Sejahtera semua ;p 

Rasanya sangaaaaaatttttt dah lama tak menulis dalam blog ni. Sungguh bukan tak rindu nak menaip kan, tapi betapa 'sibuknya' seorang Ilyani menguruskan kehidupan. Muahahaha.

Back to the title, Alhamdulillah Cik Ily sudah kembali tinggal sebumbung bersama suami tercinta setelah hampir setahun lebih berjauhan. Dugaan berjauhan sangatlah berat. Bukan tak redha, tetapi emosi seorang wanita ada naik turunnya. 

Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa nak sangat pindah duduk dekat dengan suami sedangkan boleh telefon/mesej setiap hari. Oh tidak, sememangnya berbeza. Sangat berbeza tinggal dekat dan jauh dengan seorang yang sebenarnya pelindung kita sepanjang masa.

Antara sebab Cik Ily nak berpindah:
-Terbeban (dapat dirasai apabila pegang jawatan sebagai Penyelaras SPBT)
Apabila bekerja di suatu tempat yang kuantiti sedikit gurunya, pasti setiap orang akan menerima tugasan yang boleh tahan berat, Cik Ily menerima tugas ini pada saat boleh kata 'tiada bantuan khusus daripada senior di sekolah'. Ada, tetapi bantuan umum sahaja seperti tunjuk cara gitu je la, yang selebihnya mendalam diri sendiri.

-Mengandung :)
Alhamdulillah, hampir 9 bulan kami berdua menanti saat ini, Cik Ily disahkan mengandung pada bulan 8. Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya hati ini, tetapi sewaktu perkhabaran diterima, Cik Ily tidak bersama suami. Paling sedih, saat nak sampaikan berita, suami terkandas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) kerana bas rosak. Mana isteri tak sedih kan? Sampai suami tak percaya Cik Ily dah sebulan mengandung masa tu.

-Morning sickness
Ibu hamil biasa dengan ini, loya muntah. Tetapi Cik Ily boleh tahan loya muntah. Bayangkan sehari ada 4 kelas, satu kelas ada 2 waktu iaitu sejam. Cik Ily ingat hampir sahaja nak pengsan sebab masa tu kelas bukan setempat, kena naik turun tangga. Sebelum ke sekolah pagi tu, kena menghadap mangkuk tandas setengah jam. Kalau tengah malam, jangan kata dah jadi kawan baik sebab setiap sejam, rasa nak buang air kecil tak termasuk cramp di perut. Siapa nak diadukan sewaktu sakit? Suami tidak sepanjang masa ada di sisi untuk dengar luahan, betul tak?

-Pendarahan
Bulan kedua Cik Ily mengandung, sewaktu petang setelah pulang dari kursus, nak solat tiba rasa seperti air mengalir, rupanya darah. Siapa yang memandu ke klinik menolong Cik Ily, tiada siapa ye. Cik Ily yang memandu sendiri. Housemate masih lagi tidak dapat memandu atas faktor kesihatan dan tiada lesen sehingga kini. Jadi mahu tidak mahu dalam keadaan menggigil, digagahkan diri juga untuk ke klinik.

-Dan lain-lain
Peristiwa hampir dirompak, jiran sebelah yang bising-pasang radio kuat tahap satu taman dengar & memasak tengah malam. Pelbagai peristiwa sebenarnya tetapi itulah menjadi suatu kenangan. Sebenarnya tak sanggup ulangi. BANYAK kali menangis dalam kereta, di bilik doa dapat tinggal sebumbung dengan suami sebab tekanan makin kuat. 

Ikhtiar?
1. Isi borang egtukar walaupun sangat sukar dilepaskan dari negara J ini. Huhu. Tetapi Alhamdulillah, bulan November 2017 telah terungkai segala persoalan di minda dapatkah tukar negeri. Allah menjawab dengan panggilan rezeki yang dikurniakan pada anak kami yang mencecah hampir 3 bulan.

2. Berdoa dan terus berdoa.
Minta suami, ibu bapa, ibu bapa mertua, keluarga dan sanak saudara untuk terus mendoakan Cik Ily. Sebak sangat apabila lepas solat, Cik Ily setiap malam menangis kerana tak sanggup hadapi semua ini. Berfikir macam mana nasib anak yang tiada ayah di sisi sewaktu memerlukannya.

Mungkin ini sedikit sebanyak perkongsian daripada Cik Ily. Sebak masa menaip kisah hidup sendiri. Jika ada yang membacanya, andai ada pilihan untuk tidak berjauhan dengan suami, lakukanlah! Suami merupakan kekuatan dan keutuhan hati seorang isteri. Malahan syurga buatnya.

Cik Ily berdoa agar sesiapa sahaja yang berjauhan dengan insan tersayang agar dapat tinggal dekat. Tiada lagi duka lara. Kebajikan terjaga. Insya-Allah. Wassalam.

Image may contain: phone
Berita gembira dan kurniaan Allah buat saya dan suami :)

~Tschus~

You Might Also Like

0 comments